Ibuku

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 06, 2011
*Baca entry sambil dengar lagu di bawah ini;


Pergorbanan seorang ibu tidak ada nilai yang tinggi dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang berjuta-juta. Kerana kasih sayang seorang ibu terhadap anak adalah kasih sayang yang tulus daripada hati ia.Jom kita imbau kembali semasa kita masih kecil lagi, Ibu sentiasa berjaga malam untuk menjaga kita daripada di gigit dengan nyamuk. Lihat sahaja pergorbanan seorang ibu, namun ada manusia masih tidak ambil berat seorang ibu mereka.Dimanakah silap kita atau silap ibu bapa yang tidak reti untuk mengajar. Zaman moden sekarang apa yang ingin mesti ditunaikan oleh ibu, mampukah ibu memberi pemberian yang di minta oleh seorang anak?

Adakah ibu akan merungut tentang apa yang telah ibu berikan selama kita kecil hingga sudah berkerjaya besar.Ibu mahu kan kasih sayang seorang anak kembali seperti mana ibu berikan anak sedang membesar.

Pabila ibu semakin tua dan uzur, anak mula malas dan segan untuk menjaga ibu seorang, kalau dahulu ibu sanggup menjaga anak 10 orang, mampukan anak 10 orang menjaga ibu yang seorang, mari kita berfikir sejenak wahai kawan-kawan sekalian.Ada anak yang sanggup menghantar anak ke pusat orang tua@rumah orang tua.Kerana di sana ada orang mampu menjaga ibu  kita dengan sebaiknya. Mahukan kita menjadi anak derhaka kepad ibu, bukan kah syurga di bawah telapak kaki ibu?Insaflah . Bersempena hari ibu akan tiba ini, Jom kita memberi kasih sayang setulus hati kita kepada ibu.Ingatlah ibu kita ada seorang dan tidak ada gantian mampu sebaik ibu kita

*Dengar lagu ketika baca puisi di bawah ini;


Oh ibuku.
anakmu ini jahil selama ini
tidak pernah taati kata-katamu
dimanakah silapku
oh ibuku

Oh ibuku
semasa ku sedang sakit
dikau masih disisiku
mengubatiku
dikala ibu sakit
daku membiarkan mu
terlantar di katil usang
ditemani
oleh angin-angin sepi
Oh ibuku
derhaka kan ku ini

Oh ibuku
semasa dikau sedang sakit
tenat
daku masih mengejar dunia
terlupa bersama di samping mu
Oh ibuku

semasa kain putih menyelimuti 
dirimu ibu
baru ku tiba melihat
tubuh ibu kaku tanpa sebarang reaksi
air mata terus mengalir di pipian
bibirku terkunci sebarang kata-kata ampun
kerna ibu telah pergi buat selamanya 
oh ibuku
derhaka kah ku  ini.....

Oh Allah Maha Pengampun
Engkau ampunkan dosa-dosa 
Ibuku...
Tempatkah ibuku di tempat 
Engkau Janjikan...........


selamat hari ibu. Kepada mereka yang sudah tiada ibu, ziarah pusara sedekah al-fatihah dan doa, kerana itu tanggungjawab seorang anak kepada ibu. Ya, ibu tiada di dunia, kerana kita aset ibu di sana. kirimkan amalan kepada ibu di sana. agar ibu di sana aman . Insha Allah
Wallahuaalam
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. sedih la bc entry ni.. huhu, kasih ibu kasih sejati..

    akak ngan sepupu2 akak dh smbut awal2 lagik.. hehe.. saje beli kek pastu masak, bg mak2 sume happy.

    BalasPadam
  2. Ibu
    Cekal hati mendidik anakmu,
    Sabar murni melayan kerenah anakmu,
    Tiada kedengaran sepatah keluhan,
    Tiada kelihatan setitip kemarahan.

    Kak zunita

    BalasPadam
  3. Ibu
    Cekal hati mendidik anakmu,
    Sabar murni melayan kerenah anakmu,
    Tiada kedengaran sepatah keluhan,
    Tiada kelihatan setitip kemarahan.

    BalasPadam
  4. Ibu.....
    Cekal hati mendidik anakmu,
    Sabar murni melayan kerenah anakmu,
    Tiada kedengaran sepatah keluhan,
    Tiada kelihatan setitip kemarahan.

    BalasPadam
  5. sedih dengar lagu tuuu..

    amni setiap hari sambut hari ibuu...huuhuh:'(

    BalasPadam
  6. pengorbanan ibu terlalu besar, hanya doa yg sentiasa terukir

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS