[Puisi] Cinta Abadi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 26, 2011
Sudah lama Naim tak berkarya.. kerana idea tak ada, harap puisi mainan ini dapat menarik minat sahabat dan penggemar sastera. ^_^. Puisi ini Naim ada post di  forum Saff Muslim salah satu forumer iaitu kak zunita. :)

ini lah puisi , 
-penegasan-
Puisi agar jiwang karat , harap kalian dapat memahami nya . Bahasa Naim gunakan anafora, puitis,dan pengulangan. wallahualam.
Hembusan nafsu syaitan dibiaskan
pabila cinta kepada Allah
yang utama
perasaan hilang telah lenyap
di dalam kedukaan jiwa
wahai
jiwa yang tenang
semaikan cinta yang abadi
dengan sebaiknya
kerna ia sebaiknya

Damaikan jiwa mu
dengan
Cinta Abadi

selamat tinggal Hilang
kerana ia sudah lapuk
untuk dikenangkan
yang baik dijadikan pedoman
yang buruk dijadikan sempadan

Kembali kepada Cinta
nan Abadi
nescaya dirimu
berada keadaan yang
kesenangan......

Mekarlah Cinta Abadi......


cam mana? jiwang karat tak.

pengulasan:
Puisi ini agar berat[perasaan Naim] kerana Naim lebih monolog dalaman.Cinta lebih ke arah Allah. Nak cinta kepada manusia[mawar tak bertakhta di hati lagi] . itu sahaja kot. segala komentar Naim hargainya. semoga kalian suka post kali ini.

edited:
Letak lagu. baru best dengaq sambil baca puisi. ::)
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Memang jiwang karat pon : D

    Mana tak nya kalau hari - hari dengar lagu jiwang : D

    BalasPadam
  2. cinta pada Allah, cinta abadikan, sama2 kita mengejarnya,

    dan cinta untuk manusia, InsyaAllah...akan menyusul buat Naim

    BalasPadam
  3. salam naim...

    tumpang bc puisi naim sat..
    agak berat dan mendalam maksudnya...
    ade gak bait-bait yg ceq kurang faham..huhu
    apa-apa pun memang jiwang abis laa..hihi

    (akan ade seorang *mawar* yg akan singgah dihati naim..jgn dok risau naa..insha Allah..:)) ^_^V

    BalasPadam
  4. @Nurul Farhanah

    hehe. Dengar lagu jiwang nak bagi inspirasi untuk menulis sajak/puisi

    Farhanah, bila nak balas puisi Naim plak. hehe

    BalasPadam
  5. @yatie Awang

    Terima Kasih kak yatie.. semoga akak terhibur dengan madah tak seberapa ini.

    hehe

    p/s: Insha Allah. terima kasih atas doa itu :)

    BalasPadam
  6. @Kejora

    hahha

    terima kasih kejora.. :)

    may allah bless u

    BalasPadam
  7. ewah2 naim... jiwang rupanya adik akak ni.. haha.. tapi betul, walau dalam mana pun cinta kita pada seseorang, cinta kepada Allah SWT tetap abadi.

    BalasPadam
  8. aku tak pandai bab puisi2 ni tp aku rasa ang ada bakat..so aku thumb up kat ang..TERBAIK bro

    BalasPadam
  9. puisinya bagus-bagus, terutama puisi cinta nya, sangat menghibur dan inspiratif

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS