Ramadhan Dua Zaman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 28, 2011
Pagi ini Naim nak follower semua nyanyi lagu nasyid. suka tak? hehe . Lagu ini daripada kumpulan The Zikr. Kerana lirik sangat menyentuh jiwgaa kita sebagaiseorang muslim.


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga 

** Semoga kehadiran Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Harapan ramadhan tahun ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Insha Allah.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. InsyaAllah Im...sama2 mengarungi Ramadhan sebaik mungkin

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS