Bumi Turun Bersedih

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 25, 2011
Kali ini Naim akan berpuisi sedikit. Boring dok tulis panjang2(idea tak ada)

Puisi kali ini bertajuk Bumi Turun Bersedih-Kenapa ia perlu bersedih.. Itu hanya sebagai kiasan. Faham tak? kena belajar bahasa sastera la. huhu.Puisi akan tercetus pabila Naim menaip sekejap lagi. Puisi ini tidak ada copy mana-mana sumber. Ia datang daripada akal Allah kurniakan kepada Naim . Insha Allah.Puisi ini juga akan berkisar ramadhan yang akan berlalu tak beberapa lama lagi. Tambahan pula,hujan sedang lebat di kampung Naim(sekarang). Jom halusi puisi ini......

Pagi tadi aku 
melihat awan-awan bergerak perlahan rentaknya
ditemani awan kelabu 
membawa bersama air
yang akan di simbah ke bumi
di atas suruhan Ilahi

Oh bumi
Aku melihat dikau
sentiasa bersedih dikala
Ramadhan di penghujungnya
Mengapa dikau berperasaan seperti aku

hujan terus mencium bumi
tatkala sang ayam terus berlari
mencari tempat berteduh

Oh Ramadhan
Makin sepi dikau di pernghujung waktu
Aku rasa semalam pertama kali
aku bertemu janji dengan kau

Oh Allah
Tatkala hujan masih bersedih
Aku menadah doa kepada-Mu
Jadikan Ramadhan kali ini
terbaik buat ku
ibu bapaku
keluargaku
sahabatku
guru-guruku
sekian umat Islam yang berada di muka bumi ini

Ya Allah
Semoga masa akan datang
berikan masa lagi
aku mahu ketemu lagi
dengan Ramadhan 

Nan pasti
Bumi turun bersedih 
menjadi puisi terindah....

[mood: Sedih la bro. macam baru clash ja. haha..tapi clash dengan ramadhan lebih terasa .. :) ]
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. pandai naim berpuisi..mantop..hehe

    BalasPadam
  2. sedih jek puisi naim ni.. terbaek!!

    BalasPadam
  3. aku rasa cam nak jiwang ja bro..hahaha..TERBAIK

    BalasPadam
  4. assalamualaikum wbt dik naim..wahh makin bertambah2 idea naim ye, puisi yg baik dik..keep it up!

    BalasPadam
  5. @mimie

    Terima Kasih.. akak exora ek?


    @aniki

    jiwang sekali sekala bro..

    BalasPadam
  6. @naim

    haha.. naim nih.. alhamdulillah.. akak dh sihat. byk betul dugaan utk akak bulan pose ni.. :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS