Ramadhan Ketika Remaja

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 13, 2011
Salam semua. Apa habaq anda hari ini, semoga kalian sihat-sihat sahaja, kelmarin Naim bercerita tentang Ramadhan ketika kecil@ kekanak. =). Hari ini Naim akan bercerita tentang  Ramadhan ketika Naim remaja.

Sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 5, Naim banyak peristiwa Naim lalui semasa bersekolah menengah. Dulu pergi sekolah naik gerek( basikal),bukan macam budak sekarang pergi sekolah naik motosikal , yang mana keluarga kaya sedikit , pergi sekolah naik kereta. Lepas itu berlaga macam sekolah tu macam harta mak bapak depa punya. :).

Dulu dok kayuh gerek waktu pagi. dok syok sejuk tak tau nak habaq kat hampa semua. Tambahan pula, matahari baru nak pancar cahaya nya. ditemani sang burung berzikir di temani sawah padi nun menghijau.Itu waktu pagi.

Masa waktu belajar masa awal pagi masih ok lagi, mai waktu tengah hari, otak makin slow nak masuk ilmu,Mata makin malap nak celik. haha.Itu fitrah seorang pelajar di sekolah menengah .Alhamduillah sekolah Naim dikatakan 99.9% pelajar adalah pelajar berugama Islam. Tak tergugat pun .. hehe.


Nak cerita waktu nak balik sekolah, Walaupun berpuasa kita balik sekolah ramai-ramai. Naim kawan dari form 1 hingga form 5 ,sebab semua kawan Naim dok satu kampung pulak. Balik sekolah secara berjemaah la. pergi sekolah sama juga.Masa dok kayuh gerek nak balik rumah masing-masing boleh lagi dok sembang petang ini nak pergi bazar ramadhan nak beli apa, mercun dah ada ka? sapa penjual dia.macam-macam ada masa dok kayuh gerek. Tanpa sedari dah sampai kampung titi besi sebenarnya. haha. Nostalgia di zaman remaja aka bangku sekolah menengah.Harap kalian dapat memahami loghat kedah ini.

Naim rasa, kalian juga ada pengalaman sebegini , masih terbayang ker?.

** Point tambahan. Dulu ada hamba Allah ini , jika datang ramadhan , dia akan menjual makana di waktu pagi , di jual kepada kaki-kaki tak berpuasa.Malu Naim ada seorang penduduk area kampung Naim sebegini, memang la untung tetapi untung disebalik haram di sisi Allah. Tetapi dengan Kekuasaan Allah telah memancar Sinar keinsfaan di dalam jiwa nya. Alhamduillah.

Begitulah sedikit memori nostalgia zaman remaja ketika di bulan ramadhan.Macam nak kembali zaman itu semula. Tetapi tak boleh begitu. Setakat itu sahaja, pengkongsian cerita hidup Naim aka pemudattbc. Semoga kalian terhibur.

Jazakallah. ^^
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. itu nasib baik lagi naim naik basikal, kakak dulu jalan kaki je, masa pergi oklah, time balik, rasa nak tido tepi jalan, tak larat dahhhh....heheheh

    BalasPadam
  2. selambanyer ade org jual pagi2.. emm kat melaka pun ade gak, dulu ade org jual kuih pg2 kat pasar.. maybe derang nk jual kat org bkn Islam, thn ni akak tak tau la derang buat lagi ke tak..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS