Salah Ke Saya Nak Sebar hadith?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 14, 2011
**Maaf hari ini tidak ada mood nak menulis, Cuma nak berkongsi satu artikel sangat menarik dan wajib di baca oleh para blogger semua.. Semoga ilmu kita dapat beroleh manfaat kepada semua..

==========================================================
"Saya cuma nak sebar hadith,salah ke?" Itu merupakan salah satu dialog yang menghujani saya apabila kita mula bertanyakan dari mana asal-usul hadith yang dibawakan.Sebenarnya ramai diantara kita,yang -Alhamdulillah- sukakan kebaikan dan suka pula menyebarkan kebaikan dengan penuh ikhlas dan  mengharap wajah Allah.Namun terkadang,kerana kekurangan ilmu,serta perasaan semangat yang mendahului ilmu menjadikan kita gopoh dalam menyebarkan sesuatu.Begitu juga dengan hadith-hadith yang disangka hadith tetapi terkadang bukan hadith bahkan suatu pendustaaan terhadap Rasulullah sallallahu 'Alayhi wa Sallam.

Kebanyakan kita kurang memahami apa itu hadith.Apa yang dikatakan sebagai hadith? Menurut ulama' muhaddithin,secara amnya hadith ialah :"Setiap perkataan,perbuatan,perakuan,sifat-sifat fizikal dan sifat-sifat akhlaq yang disandarkan kepada baginda Sallallahu 'Alayhi wa Sallam"Para ulama membahagikan pula hadith kepada 2 kategori secara umum iaitulah Hadith-hadith Maqbul(yang diterima),merangkumi hadith bertaraf Sahih dan Hasan.satu lagi kategori ialah hadith-hadith Mardud (yang ditolak) merangkumi hadith-hadith dha'if dan maudhu'(palsu).Ini disusun oleh para ulama' muhaddithin yang arif dalam suatu disipilin ilmu hadith yang cukup mendalam dan teliti demi menjaga ketulenan agama.

Manhaj menyemak dahulu sesebuah berita atau khabar yang sampai kepada kita,(apatah lagi jika ia di war-warkan sebagai 'hadith' !) adalah diajar oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur'an.Firman Allah mengenai peri perlunya menyemak kesahihan atau authenticty sesebuah berita dirakamkan di dalam surah Al-Hujraat,ayat ke 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Realiti hari ini yang dapat kita lihat dalam facebook,friendster,blog,laman web dan lain-lain lagi jaringan sosial terdapat ratusan 'hadith' yang tidak diketahui asal-usulnya,sahih atau tidak.Kita bersangka baik akan ikhlasnya niat mereka menyebarkan berita-berita ini,tetapi harus diingat,matlamat tidak menghalalkan cara.Junjungan Besar Nabi muhammad Sallallahu 'Alayhi Wa Salla telah meperingatkan kita agar tidak sekadar sewenang-wenangnya menyebar setiap apa sahaja yang kita dengar(juga merangkumi apa yang kita lihat,atau baca) di dalam sebuah hadith baginda yang mulia:
"Cukuplah seseorang itu dikatakan seorang pendusta, kalau dia menceritakan apa saja yang dia dengar." ( Hadith Riwayat Imam Muslim).

Implikasi menyebarkan sesuatu hadith yang tidak diketahui martabat dan kesahihannya cukup besar.Ia diibaratkan menyandarkan kedustaan atas nama Rasulullah,dan Baginda Sallallahu 'Alayhi wa Sallam sendiri memberi ancaman terhadap orang yang berdusta atas nama baginda dengan ancaman yang cukup keras:

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)

Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim)
Sungguh dahsyat!Bayangkan kita menyebarkan satu 'hadith' kerana menyangka ia merupakan kebaikan dan mengharapkan pahala,akhirnya menjadi satu kecelakaan besar buat diri kita!Justeru,tahanlah tangan-tangan dan lisan-lisan kita dari menyebarkan 'hadith' yang kita tidak ketahui dari mana asal-usulnya.Jangan malu mahupun segan bertanya dahulu kepada orang yang lebih arif akan kedudukan sesebuah hadith jika kita tidak mampu menyemak statusnya.Kita tidak akan sekali-kali rugi dengan berbuat demikian,bahkan ia menepati suruhan Allah di dalam Qur'an.Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya',ayat 7:

 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"...maka bertanyalah kamu kepada Ahl Adz-Dzikri (para ulama') jika kamu tidak mengetahui."
Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita dan mengampunkan kegopohan kita di masa lampau.Diharapkan kita semua akan mengambil langkah lebih cermat dan berhati-hati dalam menaqalkan sesuatu hadith mahupun berita.Wallahu 'Alam

dikreditkan kepada akhi Mohammad Faeez Harith
http://www.facebook.com/notes/mohammad-faeez-harith/salah-ke-saya-nak-sebar-hadith/366108469966
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. pernah jugak ter'share' hadith palsu

    BalasPadam
  2. lepas ni kena berhati hati kalau nak buat entry yang melibatkan hadith dan amik hadith daripada website..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS