Aku Menangis Kerana Mu

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 01, 2011
*Mu- merujuk kepada manusia, benda dan kejadian alam sahaja pada entry ini.

Malam ini Naim nak karang satu puisi @ lagu dan sebagainya.

Di malam aku termenung
melihat suasana syawal nan indah
udara kekadang sejuk 
di udara kelihatan cerah
awan bergerak secara perlahan-lahan 
mengikuti perintah daripada Illahi

Di suatu ketika
aku termenung di samping
mendengar lagu cinta
untuk di abdikan kepada insan.

Aku sedar cinta pada 
manusia akan binasa 
jika tidak betul pada
landasan taqwa dan iman

Menjadi lencongan maksiat
demikian ....
aku terus melelapkan mata seketika
agar bayangan dia akan lenyap
untuk selamanya

Namun ia masih bernafas 
di dalam fikiran aku
tatkala aku hendak melupakan dia

Adakah dia masih maengingatiku
atau aku hanya hamba cinta palsu
berteman nafsu roh syaitan

Mimpi indah telah tercampur
mimpi malang
biarkan pertemuan ini
menjadi pertemuan akhir
pada kita


Aku masih terpalu alunan
tazkirah insan bertaqwa
jika jodoh aku masih bersama dia
ia adalah bonus padaku

Jika bukan
pilihan ibubapa aku turuti.
* Puisi malam 3 syawal nan indah.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. bro,ang punya puisi ni bagi aku modal nak buat lagu ar..aku dah lama cuci tangan bab lagu2 ni tapi aku nak try buat lagu tangkap iman..agak2 aku pening nak buat lirik,aku nak mintak ang buat amcam bro???

    BalasPadam
  2. @aniki

    Lagu tangkap iman?

    hehe

    Insha Allah..
    apa2 contact lain ek

    BalasPadam
  3. tangkap iman la bagi sentap manusia 1 kali..hahaha..tunggu aku abih test dulu baru aku nak cari modal buat lagu sentap iman..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS