Aku Sentiasa Mengingati Mu

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 16, 2011
* MU tidak merujuk kepada Allah. Ia merujuk alam sekitar.


Malam semalam aku telah 
sendirian memikirkan seperkara
yang selalu di ingatkan kepada aku
iaitu kematian

pelbagai versi tentang kematian
aku telah dengar
tetapi jiwa aku masih mencintai
dunia yang penuh kegembiraan
yang tidak mutlak

kini aku lemah dan lemas
dengan dosa-dosa
buatan aku sendiri
dimanakah arah tuju aku
tidak nampak jalan pulang

kekadang seruan Allah
aku tidak endahkan.
salah siapakah?

aku?
ibubapaku?
sahabatku?
masyarakat?

Ah... pergi jahanam engkau
aku tidak mahu semua ini
usia masih muda
"so kita enjoy"

kelak
"so kita enjoy di neraka"
renungkan.....................


Ingatlah setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Kematian itu pasti. Ajal itu penamat kehidupan manusia di dunia. Di dunia lain.menjadi satu jalan baru.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS