Madrasah Ramadhan- Adakah Kita Sudah Selesa?

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 07, 2011
Hari ini 7 syawal. Alhamduillah. Anda merindui tak pada Madrasah Ramadhan yang banyak faedah dan ganjaran pahala. Ya. Pada orang merinduinya pasti rasa sedih dan hendak  menangis sejak pemergiaan ramadhan.





Bayangkan jika kita keluar dari bulan ramadhan tanpa rasa sebarat kelazatan ramadhan. Alangkah rugi nya . Sia-sia sahaja bersama-sama ramadhan.Selama 29 /30 hari ramadhan kita bersamanya. Bagaimana kita perasaan kita, hendak rasa lama dengan ramadhan.Atau hendak ramadhan cepat-cepat berlalu. Agar boleh makan siang tiap-tiap hari.

Sejak akhir-akhir , padabila datang bulan syawal. Masyarakat hanya di hidang program tv yang sangat menarik. Sampai diri naim sendiri, macam tak mahu pergi ziarah rakan taulan.huhu. Hebat propaganda stesen televisyen Malaysia.

Di samping itu, rumah terbuka atau bahasa omputih open house akan di adakan didahului rumah pemimpin negara sehingga orang biasa-biasa(rakyat) .Adakah salah buat rumah terbuka? adakah mengikut ajaran agama lain? 

Rumah terbuka iaitu memberi orang makan. Adalah perkara sangat mulia di sisi agama Islam.Ingat semasa dok makan itu. Jangan kita terikut-ikut perangai syaitan durjana iaitu membazir makanan dan membuang sampah di merata tempat. Sesungguhnya, syaitan sangat suka terhadap kita. 

Jadikan Syawal ini sebagai batu loncatan kepada kita.Sempena kita pernah bersama-sama Madrasah Ramadhan. Jangan terus benti bersama keluarga untuk pergi masjid/ surau selepas bulan ramadhan. Jangan tanam di dalam fikiran, bulan ibadah hanya satu bulan sahaja iaitu Ramadhan...Jangan jadi jahil karat di dalam masyarakat . Fikir-fikir lah. 

Wallahualam.
SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS