Takutkan Hudud Lebih Daripada Hantu

in , , , by Muhammad Naim Abdullah, September 26, 2011
Sejak akhir-akhir ini banyak pemimpin lebih takut hudud daripada hantu.Kerana setiap bulan di Malaysia lebih banyak cerita(filem) berunsur hantu. Genre macam ini nampakkan seperti lebih menarik untuk di tonton oleh seisi keluarga.

lihat gambar di atas. Pandangan tokoh-tokoh Malaysia. Baca statement DS Najib Razak? huhu

Hukum hudud sudah boleh dilaksanakan di Malaysia kerana, masalah jenayah semakin menjadi-jadi di malaysia sekarang. Isu terbaru pada bulan ramadhan , kes rompakan bersenjata di kedai mamak pukul 4 pagi.Lihat keamanan telah di tarik oleh Allah. Kini rakyat rasa tidak selamat kalau nak makan di kedai mamak lewat malam.

Entry ini nampak seperti entry politik. Tetapi ia sarat dengan mesej. Tak kira pandangan politik sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Wajib sokong hukum Allah.Hukum Allah adalah hukum terbaik di dalam dunia. hukum British tak sesuai .Jika bersalah di sumbat di dalam penjara beberapa tahun. Pesalah rasa tidak ada penyesalan kalau hukum seperti itu. Kalau hukuman hudud dilaksanakan. Kalau pesalah itu mencuri, ia akan di potong tangan.Oleh tu, gejala tidak sihat akan berkurang kerana penjahat melihat geng mereka kena potong tangan kalau mencuri.


Qisas? apakah qisas ini,Qisas bermaksud balas balik. Jika penjahat membunuh, hukuman dia kena bunuh. Firman Allah telah menjelaskan perkara ini :-


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:178)

Firman Allah lagi :-
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:179)

Sungguh terang lagi bersuluh firman Allah SWT ini. Mengapa pemimpin negara masih berdolak-dalik lagi..Renung-renungkan firman Allah ini. 
Wallahualam.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. indahnya dunia kalau ada hukum hudud...

    BalasPadam
  2. salam En Naim,

    pe habaq? harap sihat n ceria selalu na...
    zaman la nie jenayah semakin berluasa dan ganasss...
    sesuai sangat lah jika ade hukum hudud nie ...
    mencuri kasi potong tangan..bau depa takuit nk mencurik...:))

    entry naim kali nie the *besttt*tawww...:))
    tq,

    BalasPadam
  3. ini baru hudud.. belum lg qisos, diyat, takzir, dan mukhalafat.

    BalasPadam
  4. bgs jgk klu ada hudud ni..

    xdela org brani buat kacau..

    tp confius plak bila dgr kata2 para pemimpin..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS