Assalamualaikum semua. Apa khabar iman anda. Sekarang kita berada di bulan Zulhijjah.Bulan Zulhijjah adalah bulan kemenangan kepada Umat Islam. Kerana umat Islam akan menyambut hari raya Aidul Adha.Yang lebih sinonim Hari Raya Qurban.
Malam ini, Naim akan meneruskan tradisi blog ini,Kita akan bermuahasabah diri sekejap. Kejar dunia silakan. Jangan lupa kejar akhirat wajib seiring sama.
Korang sayang tak kepada Agama mu iaitu Agama Islam.Korang sayang Allah Tak. Tiada tuhan di sembah melainkan Allah.
Korang kasih Agama mu dan tuhan mu? Tak usah berkata-kata. Just berkata-kata di dalam jiwa kamu.
Ek?
Jom renungkan ayat-ayat Allah ini:-
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31
Lihat....
Betapa Allah mengasih kamu dan mengampun dosa-dosa kami jika kamu mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan -nya?
So..
Fikir-fikirlah sahabat-sahabatku.. Bersegmen-segmen juga. Tanggungjawab kita sebagai umat Islam jangan di abaikan.. Tak guna ramai sahabat maya, jika di akhirat kelak tak mampu membantu kita. Hanya amalan kita bisa membantu kita
Jom dengar sedikit kuliah Ustaz Azhar Idrus
Wallahualam
Tuhan itu selalu syg kita
BalasPadamcume kita terlalu buta
untuk mncintai Dia..
hurmm...
Allah sayang dan kasih kita..kenapa kita x kasih pada Allah??sebab kita x kenal Allah..x kenal maka x cinta..mcm mana nk kenal Allah?? renung-renungkan..=)
BalasPadam