Paling Murah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 24, 2011
Salam alaik dan selamat pagi semua. Semoga korang baik-baik sahaja. Pagi ini naim nak bercerita sedikit pasal perihal Paling murah. Pada hari sabtu lepas, naim telah menulis perihal Paling mahal. Apa yang paling mahal? ia adalah IKHLAS.

Pada hari ini naim nak sentuh pasal paling murah. Apa dia yang paling murah ini adakah gula-gula hanya 4 biji baru dua kupang(20sen) . Atau kedai rm2. atau roti canai sebiji 7 kupang(70sen) dan sebagainya.

Nak tahu tak, apa yang paling murah di dalam kehidupan kita? iaitu DOSA. Ha? dosa ke yang paling murah Naim? Ya sahabat-sahabat ku,Naim ambil satu contoh sahabat-sahabat. Mengumpat adalah salah satu perbualan di antara kita dengan sahabat kita pelbagai cerita seronok di ceritakan sampai perihal orang lain pun kita cerita.

 Memang seronok kita dok cerita pasal orang yang kita tak bersembang. Tak rasa kita telah buat dosa. Korang tak sedar ka?

" Paah oi, marin (semalam) ang pi nduri ghumah kak leha ka?"

"Pi la , awat?"

"Ang tak tengok tak pengantin laki tak?"

"Tengok"

"Gelap noh, tak padan dengan pengatin pompuan"

                                                                                    "ha'ah"

Korang baca tak dialog di atas? Apa yang korang paham dialog di atas. Sebenarnya kita sedar nak buat dosa. Sepantas kilat pun boleh. Tetapi adakah kita pergi mangsa 'fitnah' kita untuk meminta maaf?

Kesimpulan entry ini, Yang paling murah di dalam kehidupan kita adalah DOSA.. semoga kalian lebih berhati-hati ya. Sebelum menutup entry ini. Mari dengar mutiara kata daripada Ustaz Muhammad Kazim Elias. Insha ALlah.



Wallahualam
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS