Pemimpin Yang Naim Kagumi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 27, 2011
Petang ini nak tulis cikit pasal politik. Lama naim tak singgah blog-blog politik.singgah satu blog sahaja sekarang ini iaitu KedahLanie. Petang ini bukan naim nak cerita pasal politik. Petang ini nak tulis pemimpin yang naim kagumi. Nak tahu tak? Jom baca.

Mari naim senaraikan beberapa tokoh.



 1)Tuan Guru Nik Aziz. Siapa tidak kenal tok guru nik aziz. Menteri Besar Kelantan, seorang yang zuhud di dalam kehidupan beliau.Tuan guru merupakan musyidul am Parti Islam Semalaysia (Pas).Gaya beliau sangat sederhana.

Di dalam malaysia payah nak dapatkan seorang pemimpin macam Tuan Guru Nik Aziz. Keperibadian beliau payah nak ada di dalam malaysia ini. 

Jika di Kelantan, setiap hari jumaat pagi. Orang ramai bersegera ke Kota Bharu nak dengar kuliah di sampaikan Tuan Guru Nik Aziz .Sebab itu rakyat kelantan sayangkan pemimpin mereka. Sejak pilihanraya 2008 .Barisan Nasional telah bermimpi di siang hari untuk rampaskan kelantan di kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Namun dengan propanganda kerajaan tak bisa mengaburi mata rakyat Kelantan. Sokongan utuh kepada tuan guru sangat kuat. Semoga Tuan Guru akan terus memerintah negeri Kelantan  pada pilihan raya akan datang. Insha Allah.

Siapa tidak kenal Tuan Guru Nik Aziz, Jom tengok video ini:



.
2) Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor.Seorang lagi pemimpin yang naim kagum.Seorang anak kelahiran kedah.Seorang yang petah bercakap di dalam parlimen. Bersuara pabila benar sekali. 

Seorang yang tegas pada agamanya. Dihormati oleh setiap lapisan masyarakat. Pabila naim baca tentang Ustaz Fadzil Noor. Air mata akan mengalir kerana beliau ustaz yang berjiwa rakyat. Permergiaan beliau ibarat permata yang hilang di Malaysia. Al-fatihah. Pada masa membawa balik jenazah ke negeri kedah. Negeri kelahiran beliau. Puluhan ribuan rakyat telah datang sebagai penghormatan terakhir kepada beliau.

Jom lihat gambar di bawah
 Boleh nampak, kesesakan orang ramai ingin melihat pengebumian seorang ulama yang terkenal sebagai berjiwa rakyat













Ada dikhabarkan juruterbang yang membawa jenazah Ustaz Fadzil.Noor. Kapal terbang itu dipayungi oleh awan-awan...



Kepada sahabat-sahabat ku. Mengapa naim memilih dua orang tokoh ini. Kerana mereka berjuang kerana agama bukan kerana duniawi semata-mata.Bukan sesetengah pemimpin hanya kejar dunia sehingga perihal agama hanya sedikit mereka ambil.Oleh itu, kepada semua. Ada pilihan sekarang sam ada nak memilih pemimpin mana. 

Naim ada terbaca , kebanyakkan anak muda tidak suka akan politik? kenapa nak tolak politik. Politik adalah sebahagian daripada agama.Fikirkan sahabatku.

Korang tak tahu kan. Malaysia sekarang ketandusan pemimpin seperti mereka.Oleh itu, mari kita sokong gerakan islam seperti Parti Islam Semalaysia(PAS)

Semoga gejala maksiat, rogol,rompakan,zina dan kes berat akan di selesaikan dengan hukum Allah..

^_^

Peace! 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Ahhh ... 2 tokoh yg memang hebat. Tenkiu utk perkongsian ini. :)

    BalasPadam
  2. =]

    subhanallah.. 2 org ini kan..
    penah dgr tazkirah pagi kat KB yg disampaikan oleh tok guru nik aziz...

    sangat la beshh =]

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS