Adam ! Anda Tidak Keseorangan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 24, 2011
Adam ! Anda tidak keseorangan

1. Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini ugutan bunuh ke atas beliau telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun. Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Dato' Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan. Insyaallah, DPPM tidak... teragak - agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli.

2. Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Dato Seri Najib perlu ditangani secara diplomasi. Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

3. Sebagai contoh, saya sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu. Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang - wenang menghina Nabi Besar Muhammad saw. Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah saw.

4. Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan beliau saja - saja pergi menurunkan bendera Dato' Seri Najib. Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh beliau. Tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada Dato' Seri Najib.

5. Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak, mahasiswa, anak - anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli. Saya selaku Ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

Saya harap Adam Adli bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Masuk rumah orang buat hal memang agak bukanlah sesuatu yang menyenangkan tuan rumah.

    Tapi dia hanya turunkan banting je sebagai tanda protes jekot. Bukan turunkan jalur gemilang pun.

    Patutnya Najib dan orang-orang tua bagi respons, "Takpa takpa, kami maafkan. Adam suarakan ketidakpuasan hati, kami terima dan kami tegur cara dia."

    Tak ke kalau orang-orang tua cakap macam ni lebih kewl dan dihormati?

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS