Kalau Boleh Kembali Ke Zaman Sekolah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 01, 2012
Kalau boleh kembali zaman sekolah mesti menyeronokan. Rindu dengan tawa riang sahabat-sahabat . Seawal 7 pagi akan keluar daripada rumah mengayuh basikal(gerek) dari kampung titi besi ke SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman(SMKTATAR) mengambil masa di dalam 10- 15 minit.Di waktu pagi sungguh sejuk sekali ditambah dengan kenderaan motorsikal dan kereta smakin bertambah, keluar untuk bergerak ke tempat kerja.

Kalau di imbau kembali perbagai 1001 manis dan masam di dalam musim persekolahan.Di zaman sekolah dahulu. Naim kelas sastera.Kami kelas kedua daripada 5 kelas. Kelas pertama adalah saingan kami dan harapan kepada sekolah untuk SPM untuk raking tinggi iaitu Sains Tulin.Dari dahulu lagi , naim bermonolog di dalam diri kenapa kelas hadapan mesti di beri perhatin sepenuhnya daripada kelas kedua dan akhir. Adakah kami bukan pelajar pintar. Akhirnya peratus kelas kedua yang paling tinggi. Baru guru-guru 'tabik hormat' kepada kelas kedua.Bukan nak 'politikkan isu prihatinan guru' itulah hakikatnya.

Sewaktu tingkatan empat, naim berasa tak best berada di kelas sastera kerana markah paper sastera selalu rendah,dan kena marah oleh Cikgu Haryati.Selepas itu, berazam untuk membuka langkah baru.Lima buah buku diberi di dalam nya ada cerpen pendek, puisi, pantun, sajak, novel.Di samping itu kena hafal gaya bahasa dan banyak lagi.Kepala otak sentiasa update dengan benda2 sebegini. Demi perjuangan SPM. Akhirnya daripada D+ ke 3B. Alhamduillah,jasa baik seorang guru tidak pernah naim lupakkan sehingga kini. Kalau ditakdirkan mati pon, jasa baik guru terpahat di hati ini.

Kalau kawan pula, ada 'berpuak-puak' itulah lumrah kehidupan manusia kan.Jika perenggan di atas naim bercerita saingan kami adalah kelas Sains Tulin, tetapi bukan semua budak kelas Sains 'tak masuk kepala'(kawan rapat).Naim ada juga rakan daripada kelas dari Akaun.Mereka adalah kawan rapat kami. Kalau waktu rehat mesti berkumpul di kantin bercerita pasal pelajaran hingga isu semasa ,adakalanya bercerita pasal anime.Suasana kantin mesti ada ceritanya,dulu makanan adalah nasi putih campur daging masak kicap ditambah telur baru rm1.Air oren gelas sederhana baru 5 kupang(50sen).Setelah loceng berbunyi, p&p akan diteruskan, nak berjumpa lagi pada pukul 2 petang di pondok dekat pagar.Seronoknya mai dan balik sekolah dahulu.Balik secara ramai-ramai.

Sehingga kini , kami masih berhubung walaupun masing-masing membawa idealogi berbeza , natijah berbeza tetapi semangat persahabat masih membara di dalam kehidupan kami. Naim nak semua amik sedikit pengajaran kepada semua. Tidak kira pangkat apapun. Kekadang kita lebih ingat sahabat baik kita setelah ia mati atapun terlantar sakit di katil hospital, baru rasa satu kehilangan yang sangat berharga.

itulah sahaja monolog malam ini. 


selamat malam semua.Assalamualaikum!

 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Best baca! :) Bab keprihatinan guru tu memang selalu sangat jadi isu di mana2 sekolah pun kan.. Saya masuk kelas sains tulen. Pelajar2 kelas tu semua budak2 top. Tak tahu la macam mana saya nak survive sebab saya rasa macam saya la yang paling 'rendah' sekali. Awal2 tahun ni pun dah rasa pressure. Cikgu terkejut bila tahu minoriti kami pernah fail exam dulu (3-4 orang je pun.. yang lain tu otak einstein). Ape cikgu ingat kami selalu A+ ke? ;(

    Lepas masuk kelas baru dihuni oleh pelajar2 pandai ni, baru saya tau cara cikgu mengajar pun tak berapa sama jika nak dibandingkan dengan kelas lain. Kelas saya, kalau takde pelajar bertanya soalan, cikgu terus assume semua faham dan terus proceed next chapter. Ya Allah,, tension camni! Dah la saya ni slow pickup. Isk.. T_T

    Eh maaf, teremo pulak. =.=

    BalasPadam
  2. hehhe kawan yang berpuak puak tu semestinya... tapi idak le sampai bermusuh...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS