Sepanjangan perjalanan yang penuh berliku , aku lalui dengan pelbagai cabang kerjaya dengan cara dan nikmat kurniaan oleh Allah. Aku juga memikirkan masa hadapan aku dengan lebih sempurna.
Camar pulang senja
tatkala aku masih di belenggu
masalah yang tidak henti
menegur jiwa dan raga ku
jiwa resah dan gelisah
melihat persengketaan
di antara engkau dan aku
dimanakan jalan yang perlu
tempuhi dengan penuh kesyukuran
di hadapan melihat kejujuran manusia
namun di belakang kita laksana
panglima perang yang mengunus pedang
ke tubuh musuh terpercik darah penghinaan
di muka bumi ini
Dimanakah perlu aku mencari jawapan yang
di jiwa masih di belenggu keresahan
yang tidak berpenghujung...............
*Blur
*blur
*Blur adalah ungkapan cinta yang aku zahirkan di dalam jiwa kepada riak muka
yang mampu aku ukirkan di dalam di hadapan sahabat-sahabat ku
*****
Dimanakah cinta sejati?
Bagaimanakah
Ah..... ia dusta semata-mata
biar aku berkawan dengan syaitan?
Jangan duhai manusia
bukan firman Allah telah menegaskan di kitabullah
syaitan musuh anda yang terang yang kamu kena perangi
dulu kini dan selamanya..........
Fikirlah duhai manusia!
-------------------------
Blur selalu akan terjadi kepada kita semua, sama ada kita merasai kewujudan yang kita rasai bukan satu gurauan . Kerana ia sangat dusta kepada diri anda sendiri. Tatkala anda merasai entri ini seperti bualan kosong itu adalah semata-amat menguji minda anda. Fikirlah dunia manusia tatkala pejuang-pejuang bangsa melaungkan Hidup Melayu, bersatulah demi Melayu, fikirlah kamu di zaman RASULLULLAH ADAKAH Rasullullah berkata BERSATULAH KAUM ARAB ? Hanya kalimah bersatu lah wahai kaum Muslimin dan bertaqwa kepada Allah!!
Sekian
*Method:
Monolog+Anafora+Metafora..
Wallahualam
Pergh.. Bro siap buat puitis hbis! Tp bca, feeling la.. Kita ni, nk blur, blur jugak. Tp blur tu, biar blur dlm brfkir mcm bro ckp.. Brfkir ssuatu yg brmanfaat, yg ke depan, yg boleh naikkn smangat kita demi agama, ngara..
BalasPadam@Sis AI
BalasPadambiasa sahaja sis.. dah lama x berpuisi..
yup!! :)
mood baca monolog ni:pening..hehe
BalasPadam@Teacher Basariah
BalasPadamhehe
saja guna bahasa sastera tinggi.. :)