PTPTN-Bagaimana Hujah Anda Wahai Mahasiswa/i?

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 23, 2012


Petang ini naim nak shari note daripada facebook nukilan sahabat maya Naim iaitu Pendakyahraya.Ini pandangan peribadi beliau. Pandangan anda cam mana?

====================================
1. Mansuh PTPTN tak bermakna pendidikan percuma.
2. Kalau nak mansuh PTPTN, itu untuk generasi akan datang. Bagi yang dah pinjam, kena bayar.
3. Kalau yang belum bayar ni tak payah bayar, harap yang dah bayar PTPTN pun kena dikembalikan balik wang mereka, secara penuh, bagi semua yang dah bayr, samada baru bayar separuh, ataupun dah habis bayar.
4. Banyak negara welfare state yang tetap tak bagi percuma tertiary education mereka. Ada yang siap ada 'hidden cost' lagi.

5. Kena tanya persoalan asas: apa matlamat kerajaan Malaysia?
6. Nak tumpu semua rakyat dapat pendidikan sekunder (habis SPM) atau nak bagi pendidikan tertiary percuma?
7. Sebab peratus kadar kemasukan ke IPT per jumlah pelajar yang habis SPM masih rendah, dan masih ada yang tercicir dari menghabiskan pelajaran hingga SPM.
8. Lebih baik tumpu dana tersebut kepada pembinaan sekolah, infrastruktur etc yang berkaitan pendidikan rendah dan menengah, untuk memastikan minimum pendidikan rakyat Malaysia ialah SPM.
9. Sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan percuma secara total, maka beberapa perkara perlu diperhalusi. Antaranya:

A. Sumber:
1. (Ini tak terhad kepada pendidikan percuma sahaja, tapi untuk benda lain juga.)
2. Kebergantungan kepada sumber petroleum adalah memudaratkan bagi masa panjang.
3. Sebab petroleum akan habis.
4. Perlu ada sumber yang 'konsisten'.
5. Nak taknak kita kena mengikut jejak langkah negara yang beri pendidikan percuma/welfare state: kadar cukai yang tinggi.
6. Dan mengurangkan beban subsidi dari bidang yang lain. Subsidi gula contohnya. Atau bahan api (jana elektrik).
7. Adakah rakyat sanggup bayar cukai lebih untuk masyarakat dan anak-anak? Berkorban individu untuk kemashlahatan majoriti?

B. Halatuju:
1. Persoalan yang lain: Apakah fungsi universiti/pendidikan tertiary bagi kerajaan?
2. Kilang lahir pekerja mahir, pusat penyelidikan atau apa?
3. Sekiranya ingin melahirkan pekerja mahir/separa mahir, maka lebih elok diperkasakan institusi politeknik, institut kemahiran dan yang berkaitan.
4. Menjadikan universiti sebagai kilang pekerja mahir akan menyebabkan konflik hala tuju universiti tersebut (telah dan sedang berlaku).
5. Contohnya konflik antara pusat R&D, gedung ilmu dan tempat lahir pekerja mahir.
6. Contoh, jika hala tuju untuk lahir pekerja mahir, maka bidang-bidang fundamental perlu dikurangkan (bidang-bidang teori contohnya falsafah, fizik kuantum, linguistik etc)
7. Halatuju menentukan relevan atau tidak pendidikan tertiary percuma di negara ini.
8. Kalau halatuju ialah menjadikan majoriti rakyat Malasia ada degree, mungkin relevan.
9. Kalau halatuju nak lahirkan pelajar berkualiti, pengisian yang lebih penting.


Banyak lagilah yang kena diselidiki. Aku taknak benda ni jadi percaturan politik murahan. Hari ni batal, esok buat balik. harini janji, esok tak jadi. Hari ni kata kekal, esok kata taknak pulak. Politik "half-past six" bak kata orang tua.
--------------------

Secara peribadi, aku memilih untuk sokong pendidikan tertiary yang tidak percuma. Namun, yang lebih utamanya sekarang ialah PTPTN perlu mendefinasikan semula maksud 'kos pentadbiran' tersebut. Bagi aku, kalau PTPTN nak kenakan caj upah (konsep ujrah), maka lebih baik gunakan nilai tetap berbanding kadar tetap. Contohnya kena tambah RM300 sebagai caj pentadbiran/caj upah, bukannya guna kadar 1% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan, atau 1% daripada jumlah baki semasa. Lebih jelas dan tidak mengelirukan.

Kalau nak guna perkadaran jugak, maka lebih elok ikut kadar inflasi semasa, macam pembiayaan Islam yang lain, bukannya kadar tetap (fix rate) macam pembiayaan konvensional, kalau nak ambil kira kadar inflasilah. Agar nilai yang dipinjam 4 tahun lepas tu sama dengan nilai hari ini (RM3000 sepuluh tahun lepas tak sama kan dengan Rm3000 hari ni). Walaupun mungkin ia akan menimbulkan persoalan tujuan utama PTPTN.

Pasal benda lain, nantilah dulu. Panjang sangatlah pulak nanti ¯\(ツ)/


Jika korang nak follow link note ini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=339680182762577&set=a.125630600834204.19429.100001617946578&type=1&ref=nf

semoga manfaat. Insha Allah.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Salam, DRC ada tulis isu ini dalam blog DRC... kalau sudi membaca, sila la ke link ini..

    http://kzamusa.blogspot.com/2012/04/isu-mansuh-ptptn-drc-komen.html

    BalasPadam
  2. Klu PTPTN ni, satu je tak puas hati. Caj tambahan dia. Dan kalau boleh nak sangat2 diorang buat mcm JPA. Klu grade tinggi tak pyh byar, ada byar sparuh, atau byar ngam2 dgn apa yg kita pinjam. Takde la bebankn org..

    BalasPadam
  3. huu. aku asa xpatut mansuh.. cuma kene mansuh caj 1percent tuh.. sbb kita skrg (melayu) semua nk free saja.. kalau semua free alamatnye takda sapa yg pergi ke dewan kuliah. haha. Dan Aku tak suka cara pelajar malaysia membuat bantahan. malas nk ulas pnjang2.. nanti org kata aku ni pro kerajaan. haha. bercakap jgn berdasarkan poilitk. apa yg benar, ia tetap benar.

    BalasPadam
  4. rasanya ramai takdak masalah nak bayar hutang ptptn tu cuma tak setuju dgn kos pentadbiran tu je..hapuskan je kos pentadbiran tu..apakata kerajaan tanggung je gaji 2000 pekerja tu..jgn nak guna alasan kos pentadbiran tu yang kena tanggung semua tu..kalau macam tu, orang ramai pun tak kisah rasanya bayar hutang mereka..dah nama berhutang, bayar je la..tapi kos tambahan tu yang tak best..takut ada unsur riba lak disebaliknya..wallahua'lam..

    BalasPadam
  5. Terima kasih semua.Pada pendapat naim bersetuju kepada semua.Jika kos pentadbiran di hapuskan dan tiada unsur riba.

    Insha Allah akan bayar semua.

    isu pendidikan percuma juga dikaji semua. Jika mereka berpendapatan bawah 1000 ke bawah? ;)

    BalasPadam
  6. @DRceria saya abis diploma pada tahun 2007. saya bekerja di utam 2 tahun sebelum sambung degree.. dalam masa tersebut gaji 1.3k.. saya bayar ptptn 6k+++ SIAP BOLEH SIMPAN DUIT DI BANK DAN BAYAR MOTOR(SETTLE 2 TAHUN JERK)... TAKDE ISU PUN.. CUME TGK ORANG TU LA ADE USAHA NK BAYAR BALIK ATAU TAK... KALAU TAK BAYAR BUNGA BERTAMBAH DONT BISING2(NEXT TIME BACE CONTRACT DULU PANDAI BACAKAN) MIHAHAHAHAA

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS