Ustaz Azhar Idrus-Taksir Kitab Fatwa Mufti Johor

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 08, 2012
SOALAN DARI KITAB:

~!> Adakah sah puasa kanak-kanak yg mumayyiz?

Jawapan

1. Sah puasa dan tidak disyaratkan bg mereka tau atau tidak syarat serta rukun,yg paling penting ibadat mereka betul.

2. Begitu jugalah dgn hukum wudhuk,sama saja bg mereka yg mumayyiz.

3. Tp wajib bg mereka belajar tentang hukum hakam dan syarat sah ibadah wajib seperti solat,puasa,berwudhuk dan sebagainya.

4. Perkara yg wajib dipelajari samaada suka atau tidak tetap jugak wajib dipelajari.

6. Ibadat kanak-kanak mumayyiz tetap sah walaupun mereka tak tau tentang hukum sah dan batal.

7. Meninggalkan mempelajari agama boleh menyebabkan amalan yg dilakukan ditolak,wajib bg seorg muslim belajar agama.

8. Mumayyiz bermaksud kanak-kanak yg belum baligh.

9. Kanak-kanak ada 2 kategori,yg pertama adalah kanak-kanak yg tahu dan berfikir buruk baik serta tau hukum dan kategori yg kedua belum tahu apa-apa dan tak boleh menilai baik buruk sesuatu perkara.

10. Yg belum mumayyiz ibadat mereka belum lg diterima,kalau ganggu mereka solat contohnya tak lah b'dosa.

11. Kalau budak yg dah mumayyiz haram kita ganggu mereka solat,berdosa besar ganggu mereka walaupun mereka masih budak,,dikira mengganggu orang yg sdg b'solat.

12. Tp bg kanak-kanak yg belum mumayyiz walaupun tak dosa ganggu mereka,contohnya mcm mereka solat walaupun solat tak sah,biarkan je la..sebgai latihan buat mereka.

13. Kanak-kanak yg belum baligh tidak dicatat amalan mereka,selepas baligh barulah bermula catatan amalan bg mereka.

14. Orang yg ada anak amat beruntung kerana amalan dan ibadah yg dilakukan oleh anak mereka yg belum baligh pahalanya dpt pada ibubapa,dgn syarat ibubapa m'bimbing dan latih mereka b'ibadat.

15. Bila kita ni bergelar seorg yg jahil,wajib b'tanya pd org yg mengetahui..carilah org alim,org yg byk b'tanya dpt byk pahala kerana setiap soalan yg disoalnya akan menjadi manafaat utk semua.

------------------------------------------------------------------

"~!> Apakah hukum org yg berpuasa secara terus-menerus selama 24 jam atau 36 jam siang dan malam tanpa berbuka?

Jawapan

1. Tak boleh kerana masa berpuasa telah lari dari syariat.

2. Dalam b'ibadat perlu ada syariat,jika tidak Allah tak akan menerima ibadah t'sebut.

3. Berpuasa tanpa berbuka tidak dibenarkan,syarat b'puasa adalah menahan nafsu dan tidak makan serta minum dr terbit fajar dan tenggelam fajar.

4. Melambatkan sedikit waktu b'buka adalah makruh apatah lagi kalau tak berbuka terus.

5. Lg cepat berbuka lg besarlah pahala yg akan kita dapat,tp mu jgnlah b'buka lepas waktu Asar pulak!

6. Dalam satu hadis ada menyatakan Nabi S.A.W pernah tak berbuka puasa,dan ditanya oleh para sahabat kenapa tidak berbuka puasa. Nabi S.A.W menjawab, "Aku tidak seperti kamu,para Nabi dijaga mkn minum oleh Allah dan ini tiada pada manusia biasa ".

Wallahualam..

==================================


:: Soal Jawab ::

1. Kawan saya kata tak boleh baca selawat ke atas Nabi hingga habis seperti dlm tahiyat akhir ketika dalam tahiyat awal,boleh m'batalkan solat..betul ke?

-tak batal solat,tp tak disuruh membaca seperti tahiyat akhir dlm tahiyat awal.


2. Kenapa org syiah solat dgn meletakkan batu kecil ditempat sujud?

-kerana mereka merasakan batu itu suci,batu itu dtg dari satu tempat yg b'nama karbala..nak ambik berkat la kononnya.


3. Apakah makna hadis yg b'kata jauhkan diri dari isteri ketika haid?

-makna jauhkan diri tu bkn suruh lari tinggalkan isteri,jgn jimak je maksud sebenarnya.


4. Hukum pakai baju ada gambar dan terbalikkannya ketika solat?

-makruh pakai baju yg ada gambar makhluk ataupun bkn makhluk,boleh melalaikan jemaah yg lain ketika solat..jika diluar solat,jika gambar itu gambar yg haram..maka haram jugaklah memakainya,bila dah pakai t'balik baju yg ada gambar ketika solat maka tak jd makruh hukumnya.


5. Suka mencuri,adakah amal ibadatnya sah?

-sah ibadat,tapi haram p'buatan...ada juga pendapat yg mengatakan solat dan amalan tidak diterima jika makan dari hasil haram.


6. Bekerja dgn kerajaan dan menyokong segala apa yg kerajaan buat,sah tak hasil pendapatan?

-gaji halal disisi syarak,yg menyokong kezaliman tidak b'sabit dgn hasil pendapatan.Tetapi!menyokong org yg zalim kita akan dimasukkan ke dalam Neraka!!


7. Apakah hukum mencalarkan diri?

-haram p'buatan,jika kerana uzur syarie seperti dipatuk atau digigit haiwan b'bisa dan dgn mencalarkannya utk memudahkan mengeluarkan bisa tak mengapa.


8. Wahai ustaz yg budiman,salah tak jika isteri sendiri yg betulkan bacaan Fatihah si suami?

-boleh je,tp beginilah yg t'jadi pd zaman sekarang..isteri lebih cerdik dari suami,isteri lebih b'minat cari agama dari suami..wat malu je!!

sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=303298126409233&set=a.257063984365981.59475.247426928663020&type=1
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Prkongsian yg sgt baik!
    Byk prsoalan umum yg kita tak tahu trjwb! Tak fhm knapa ada org tak suka UAI.. Msih trtanya2.. Apapun, yg pnting ilmunya dambil, diamal, dan dikongsi!

    BalasPadam
  2. budak nangis atau bising di masjid,adakah dosa ibu bapa yang membawa budak tu ke masjid kerang mengganggu kekhusyukkan orang yang solat?

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS