Baik Vs Buruk

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 28, 2012
Assalamaualaikum sahabat-sahabat, apa khabar iman kita hari ini. Hari ini adalah hari isnin , sekejap rasa sudah hari isnin. Sungguh indah aturan Allah kepada alam dan juga kita.

Mari kita lihat gambar di atas.Kita adalah insan atau hamba kepada Allah swt.Bagaimana kita untuk mencari jalan yang baik atau buruk.Kekadang sikap kita di pengaruhi oleh kawan-kawan sekelilingi kita.Sebab itu setiap amal bergantung kepada niat yang kita hajat.

Naim nak sentuh sedikit berkisar sikap kawan-kawan sekitar kita.Kekadang sahabat boleh mencorak warna kepada diri kita.Sama ada kita sedar atau tidak, walhal ini sudah perasaan diri kita.Kalau kita berkawan dengan seorang yang bersosial seperti pergi kelab malam , minum minuman keras nescaya dan percayalah kita akan seperti itu. Jika kita berkawan dengan seorang yang berhati-hati setiap perbuatan sama ada berseorang dan ada sahabat di samping dia.Nescaya dia lebih takut Allah daripada mahluk ciptaan Allah.

Sahabat-sahabatku, sikap atau perangai seseorang boleh nampak pada zahir semata-mata jika beliau menonjol kan sikap itu.Macam seorang yang kita tidak suka ,kita boleh lihat pada wajah dia . Memang kita dapat 'scan' secara menyeluruh tetapi kita boleh kenal sama ada pada reaksi mata dan wajah.

Ingat sahabat-sahabatku, di dalam kehidupan harian kita tak terlepas mengharungi perjalanan yang berliku sama ada berhadapan dengan musuh atau sahabat yang dengki,bersangka buruk,dan sikap-sikap tidak baik .Kita hendaklah bersabar dengan ujian Allah kepada diri kita. Sebenarnya Allah mahu menguji keimanan dan kesabaran kita terhadap kehadiran sahabat seperti itu.Kita lihat zaman Baginda Rasullullah, Rasullullah lagi teruk berhadapan dengan umat-umat yang jahil dan munafik yang tidak mahu kepada Islam.Bagaimana Baginda Rasullullah SAW berhadapan dengan mereka. Sungguh indah tutur kata sehingga mereka tidak mampu berbuat jahat kerana sifat lembut Baginda terhadap mereka.Mampu kah kita mencontohi seperti Rasullullah? Insha Allah.

Semoga ia manfaat kepada semua. Insha Allah.Wallahualam
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Rasulullah model insan yang terbaik.

    BalasPadam
  2. betul tu saudara...niat mmpghi kputusan yg bakal kita buat...samada buruk atau baik...hope kita semua memilih jalan2 yg baik sahaja

    follower ke 557

    BalasPadam
  3. kene pandai jaga diri.. kene jadi baik.. supaya kwn2 kite pun akan jadi baik.. jg akhlak, peribadi.. jangan salahkan kwn andai kite terpengaruh atau jadi kurang baik.. tp salahkan diri sendiri krn kite sdr yg menjadikannya begitu..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS