Aku dan Hijau

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 10, 2012

Pada  1 Jun yang lepas, naim berpeluang menghadirkan diri ke majlis Himpunan Hijau ke Putrjaya dengan sahabat-sahabat Naim. Maltamat kami  untuk dengar tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus dan mengikuti majlis hingga ke malam.

Kami bertolak dari rumah pukul 4 petang dan singgah solat Asar di Masjid Pantai Johor,ketika sampai di masjid ,hujan mula membasahi bumi. Dok monolog dalam hati cam mana nak pi sana?
selepas solat Asar, kami bergegas ke Stadium di dalam hujan masih renyai . Di dalam perjalanan ke sana laluan sudah sesak dan kebanyakkan masyarakat bergerak ke satu arah yang sama iaitu Stadium Darul Aman.

Di dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat,ini hujan rahmat pada hari jumaat itu,nak cari parking pun susah, nasib dapat parking juga, parking di hospital.Dari hospital nak pergi ke stadium kena berjalan kaki ke sana, kerna laluan sudah sesak.

di dalam berjalan kaki ke sana, naim nampak banyak kenderaan luar dari negeri Kedah, ada yang datang dari Pahang, Melaka, Kelantan, Terengganu, Johor ,dan tak kurang hebat dari negeri Kedah itu sendiri. Subbna Allah.Sungguh hebat anak-anak muda yang mahu kerajaan yang terteraskan Islam,Insya Allah.

Setelah tiba di muka pintu stadium dengan penuh  orang kami berpusing di dalam stadium untuk mencari tempat duduk yang strategi untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus.Dalam keadaan basah kuyup, kami tekad untuk mendengar tazkirah Ustaz Azhar.Ustaz Azhar datang dalam pukul 6 lebih kerana kesesakan lalu lintas yang berpusu-pusu ke stadium Darul Aman.

Di dalam kuliah Ustaz Azhar, Ustaz azhar menegaskan wajib kita menyokong parti Islam jika di dalam negara itu ada pelbagai parti jika berlaku pilihan raya, jawapan daripada soalan .Tazkirah itu tamat di dalam pukul 7, ramai orang mula keluar stadium untuk amik wuduk dam mula solat Maghrib,naim dan sahabat sama keluar dari stadium,pergi ke surau hospital untuk solat.

Niat di hati nak duduk sampai acara kemuncak untuk mendengar amanat daripada Tok Guru Hadi dan Tok  guru  Nik Aziz,namun terpaksa balik ke rumah baju dah basah, dan rasa tidak selesa. Sebelum balik , kami sempat membeli baju sebagai kenangan ke Himpunan Hijau itu.

 **
Ada pihak cakap yang pu sana tak solat?
Jangan sebar fitnah ya kawan-kawan , mana kamu  tahu mereka pi sana tak solat?Mereka solat, nak bukti?
Wallahualam
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS