Kilauan Emas vs Kilauan Usia?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 14, 2012
Salam alaik kepada kawan-kawan blogger semua, sudah lama naim tak menulis perkara-perkara isu semasa yang lebih dikenali sentap . hehe.


Pernah tak korang tengok rancangan tv 105 Astro tu, Kilauan Emas yang mengundang warga-warga emas untuk menyanyian dengan bakat-bakat 'tua' .Kekadang macam kelakar kan, tetapi ia sangat mengaibkan kepada warga tua dan keluarga mereka, Kenapa?


fikirkan kawan-kawan,usia mereka sudah sampai seru elok ingat kepada Allah dan kematian.Namun aksi mereka di pentas itu kekadang lebih teruk seperti anak-anak muda yang tidak ketahuan.Kesian sangat-sangat kepada mereka ini.


wahai masyarakat Islam amnya , apakah perasaan anda jika ibu bapa anda di atas itu dengan mengenakan pakaian lebih kepada tidak sesuai dengan faktor umur.Kekadang manusia yang berfikiran moden mereka akan berkata ia satu kebiasaan , tetapi kita tahu halal dan haram mesti takut dengan peringtan dari Allah.


Di dalam lirik lagu nasyid, 


muda sebelum tua
hidup sebelum mati


sepotong lirik ini adalah peringatan kepada kita untuk mengingati mati, oleh itu mari kita boikot program lagha ini daripada beraksi di kaca-kaca tv rumah kalian semua.Apakah ganjaran pahala yang dapat di perolehi dengan program lagha sebegini, manakala program agama kurang sedikit terhadap di tv-tv malaysia.Hanya agama semasa di awal siaran dan akhir siaran tv semata-mata untuk mengambarkan tv itu melakukan sesuatu perkara manfaat. Di tengah siaran bermacam-macam program maksiat. Apakah ini manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia beragama islam?


nukilan ini hanya pandangan peribadi naim, insha Allah naim akan menulis beberapa isu sentap untuk tatapan semua, kerana bukan semua yang mahu berkongsi pandangan berkisar isu semasa berkisar umat Islam sekarang.


Insya Allah.. Yang Benar adalah Allah sahaja, salah silap dairpada naim sendiri.


Wallahualam
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. BETUL tu..cik en tengok macam memalukan je..
    patutnya buatlah yang ke arah kebaikan skit

    BalasPadam
  2. akak x pernah tengok... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  3. betul..kalau ustaz azhar idrus mesti dah kate camni ..bodoh laa.masjid surau belakang rumah tak moh pergi..sibuk nak g karaoke..ooppsss

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS