SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk
menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi
berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh
buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan
hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu
temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700
kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria,
Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang
seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya
termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang
dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam
tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta
sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak
pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar
mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan
al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan
saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina,
untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke
Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan
bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah
Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di
Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu
untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan
berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi
mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP
komen saya: Subbna Allah rasa lemah semua anggota badan pabila membaca berita ini. Semoga beliau selamat menunaikan ibadah haji dengan jayanya .
Wallahualam
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: