Sayanglah Apa Yang Kita Sukai

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 10, 2013
Ketika seorang anak muda berjalan di sawah padi memandang kehijauan sawah padi yang sedang beralun dipukul angin petang. Anak muda ini  memikirkan apa yang sedang berlaku di bumi Malaysia . Setiap masa dan detik ada sahaja berita yang mengembirakan setiap insan yang membaca.melihat ataupun mendengar.

Adakah semua manusia setiap waktu akan merasai gembira apa yang kita cintai. Bukan semua manusia ada perasaan itu.Setiap manusia ada perasaan suka dan cintai terhadap kebendaan, harta, manusia dan apa sahaja yang ada rasa cinta itu  di zahirkan.

Anak muda itu terus berjalan dan duduk   pondok dekat dengan tali air dan  mengeluarkan  ipad dan terbaca satu hadis yang menjadi pemangkin semangat beliau. Hadis itu

"
Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:

 “Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
 
"

Lalu beliau  memandang seribu pertanyaan kepada diri sendiri siapakah yang dia cintai sama di dunia sehingga di akhirat kelak.Ada manusia suka mengagungkan artis-artis sama ada di luar negara atau di dalam negara.Sanggup beratur panjang dan datang awal tempat itu seawal enam pagi. Tak tahu solat sudah di tunaikan,tetapi kita bersangka baik dengan mereka.Kita kembali di anugerah -anugerah artis makin ramai manusia di situ. Dengan artis-artis dan 'kembali jahiliah' pemakaian seperti yahudi dan nasrani bagai. Mereka islam pada kad pengenalan sahaja.

Tak kurang yang cerdik pandai kekadang kurang arif tentang agama lalu mengeluarkan 'fatwa' yang sesat dan menyebarkan  'dakyah' songsang untuk menarik kemenangan  'palsu' demi memuaskan nafsu dan meraih harta rakyat.

Lalu pemuda itu melihat gambar di dalam ipad itu, dan terukir senyuman kegembiraan 


Akhir ini, ramai anak muda sudah bersama para alim ulama. kerana ulama itu pewaris nabi. didalam  itu Ustaz Zainol Asri cakap tanda kemenangan Islam ramai anak muda bersama ulama dan perjuangan Islam. Allahu akbar!!

Sayup-sayup azan telah berkemundang, maghrib sudah masuk, lalu pemuda itu bangun dan pulang ke rumah.

# Semoga Islam menang di PRU-13. :)

Wallahualam. 


 
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS