Pengalaman Ku Sebagai Pengundi PRU13 part 1

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 14, 2013
Assalamualaikum pembuka bicara dan salam sejahtera kepada semua. Sebenarnya entri  hendak di tulis pada sebelum 5 Mei. Kerana kekangan masa dan keadaan ku tanggung dahulu entri ini.. Ku mulai pada hari Jumaat bersamaan 3 Mei kerana ia penghulu bagi segala hari adalah hari Jumaat. Di kala siap hendak ke Masjid Kepala Batas. Aku memndengar lagu- lagu tema politik daripada parti sokongan ku.Tiba-tiba aku merasa sayu entah kenapa. Aku abaikan perasaan itu.Bisikan hati ku berkata

"Awat dok berasa cam ini" - Bisik hati ku

Lalu aku mencapai kopiah dan amik kunci motor dan segera keluar rumah bersama abah ku membonceng motor ku nak ke Masjid Kepala Batas untuk Solat Jumaat.Semasa di  jalan keluar, aku toleh kiri dan kanan sebelum melintas , ada satu van berwarna kelabu dan  ada bendera PAS dekat hadapan (pintu pemandu). Lalu pemandu tu hon aku, kerana melihat lorong rumah aku ada deretan bendera Pas. Kemudian aku mengangkat tangan sebagai tanda hormat kepada beliau. Dan aku berkata kepada Abah aku

" Dia tau kita orang Pas kot, tu dia hon kita"- Kata ku kepada abah aku. Beliau ketawa kecil ..

Kemudian aku sampai di Masjid kepala Batas dan aku solat sunat tahiyatul Masjid.Lalu mendengar tazkirah sebelum solat Jumaat. Di dalam masjid aku terasa kenapa aku sayu semacam ja. Adakah satu perasaan akan berlaku pertukaran kerajaan di negeri Kedah.

Semasa khatib membaca khutbah jumaat, tone khatib memulai dengan suara yang sederhana kemudian menjadi tegas.Isi khutbah menyentuh perihal memilih kerajaan yang baru dan pemimpin yang soleh dari segi akhlaknya, agama dan menjaga hak-hak rakyat. Isi khutbah itu berlainan daripada hari jumaat yang biasa. Aku memikirkan siapa yang mengarang teks khutbah ini. Biasanya topik biasa sahaja.Ia menaikkan semangat aku untuk memangkah hari pengundi 5 mei itu. Sebelum akhir khutbah itu, khatib membaca surah  An -Nasr



Selesai solat jumaat , aku pulang ke rumah.Aku terus menghadap laptop aku untuk layari Facebook untuk berita politik Sejak hari tu, feed semua pasal politik. Kemudian masuk satu mesej daripada kawan aku dari Hutan Kampung

"Salam naim jom p dengar ceramah satgi"

" Wsalam , ok jom "

"Mula kui bopa"

"kui 4 "

" Ok, kita pi sana"

"ok, dalam 4 lebih aku pi umah ang"

Dalam pukul 4.15 petang, aku bergerak menuju Hutan Kampung yang di penuhi dengan banner poster antara BN dan Pas.Sememang orang di sini tahu Hutan Kampung adalah kubu kuat PAS sejak dahulu lagi. 

Setelah sampai di rumah kawan ku, aku menunggu beliau . dan kawan aku seorang budak kelantan yang sama idelogi politik iaitu Pas dan Pakatan Rakyat.Dalam 4.30 petang kami bergerak menuju ke Stadium Suka Menanti untuk dengar pidato DS Anwar Ibrahim untuk menghadapi saat-saat akhir peperangan pru13 ini.Lalu lintas sangat sesak kerana ramai anak-anak perantau pulang untuk mengundi. Di jalan sultanah bahiyah , ku melihat ramai anak-anak muda menuju ke jalan stadium suka menanti , kenderaan mereka ada bendera PAS, PKR dan DAP..Merupakan tanda sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.Di persimpangan jalan ke stadium suka menanti, ada flashmob anak muda . Alternatif sendiri membuat sepanduk dan kata-kata daripada manifesto Pakatan Rakyat . Tekan Hon tanda setuju. Subbna Allah, suasana di traffic light masa itu menjadi gempak dan meriah sama ada motor, kereta mahupu lori semua pakat hon.

Semasa masuk ke di dalam stadium acara sudah bermula .Boleh di anggarkan 5 ribu orang yang hadir. Bukan sahaja melayu, malah cina dan india juga turun hadir tanda sokongan kepada pakatan rakyat. Kehadiran kami keciwa kerana DS Anwar Ibrahim tak dapat hadir kerana terperangkap kesesakan lalu lintas di Tanjung Musang.

Kami longlai pulang ke rumah. Itu pada hari jumaat.  Satgi aku cerita hari sabtu pula. Bab Malam hari jumaat, malaih nak cerita.. Rasa tak menarik..

                                                        **TAMAT HARI JUMAAT**

Hari sabtu 4 Mei, aku online awal hari ini kerana ingin tahu apa akan berlaku hari ini. Hari sabtu hari sangat aku suka bawa abah ku pergi kuliah mingguan ke Dewan Sri Mentaloon di Rumah Kediaman Rasmi MB kedah.Hari ini seperti kelmarin rasa sayu ja.. Kuliah pertama bersama Ustaz Syed Abdul Kadir ada menyentuh perihal tentang pilihan raya, tapi sayang aku terlupa bawa buku catitan yang biasa aku bawa. Kenapa aku lupa hari tu. Isi kuliah ustaz Syed Abdul Kadir yang aku ingat sekarang. Ustaz cakap di dalam memilih pemimpin kena memilih yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Ustaz juga kata, berilah amanah kepada pemilik amanah. Slot kedua Ustaz Ridwan menegaskan kepada semua mesti bekerja untuk menenangkan Islam dan kekal kan Kedah di dalam Pentadbiran Pakatan Rakyat.

Sekitar jalam pukul 12 tengah hari aku pulang. Sebelum pulang, aku memikirkan adakah selepas ini ada tak lagi kuliah agama jika tukar kerajaan negeri.Aku cuba padam fikiran negatif itu. Dalam setengah jam kemudian sampai aku di rumah di titi besi. Sampai rumah aku bermain dengan anak-anak buah aku.. 

Sekitar kul empat petang aku keluar rumah dan amik gambar untuk kenangan kepada diri ku. 

 
Inilah kenangan terindah aku, sudah lama aku nak miliki bendera ini. Akhirnya tercapai jua. Selepas  solat Asar, aku bersama abang ku kak ipar, kak aku dan dua anak buah aku pergi melihat replika  sekitar jitra. Dekat rumah aku ada helikopter dan kereta kebal. 

Sepanjang jalan ke jitra melalui jalan kampung Naga susur masuk kampung pandang pekan bermacam-macam ada . Sampai susuk keluar jalan  tungku maheran. Jalan sudah jem.. Di hadapan sana ada flashmob..

Yang flashmob tu, ada ku rakam dan ku upload di youtube 
http://www.youtube.com/watch?v=q2iTMyHV4ZU

Itu  sahaja yang dapat ku coretan pada hari Sabtu itu. Bagaimana hari mengundi pulak?

                                                             **Tamat Hari Sabtu **

Hari ini adalah hari 5 Mei. Hari ini aku berjanji dengan kawan aku untuk pergi
bersama-sama untuk mengundi.Suasana pagi di Kampung Titi Besi sangat tenang dan di jalan banyak orang sudah keluar mengundi. Di selang seli dengan kenderaan membawa bendera PAS.. Aku melihat langit masih cerah tetapi awan mendung berarak perlahan. Aku berdoa hari ini cerah dan ramai keluar mengundi Pakatan Rakyat.

Sebaik tiba di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, aku pergi ke kaunter untuk menyemak nama dan saluran mana kena mengundi.Saluran 3 tempat aku mengundi. Aku berjalan dengan kawan aku ke saluran 3. Di tempat saluran 3 tak ada orang pun kerana ramai mai awal kot. Aku masuk ke kaunter dan memberi kad pengenalan kepada orang SPR. Lalu beliau teriak nama ku dengan kuat agar di dengar wakil parti untuk memastikan nama ku ada. Kemudian aku pergi orang seterusnya untuk calit dakwat kekal, bagaimana pun tak kekal pun. dan akhirnya  aku ambil kertas undi dan pergi tempat untuk memangkah.Dua kertas iaitu DUN dan PARLIMEN. Dengan lafaz Bismillah aku memangkah lambang bulan. Aku niatkan memangkah ini untuk memenangkan Islam. Lalu aku pergi ke kotak undi dan aku masukkan kertas undi dengan lafaz bismillah juga.

Akhirnya selesai aku mengundi pada hari itu.selepas itu, aku pulang ke rumah untuk membaca akhbar Sinar Harian dan Harakah . Untuk sebelah petang. tak ada apa untuk kongsinya. Kalau sebelah malamnya, aku dan berjanji dengan kawan aku yang pergi mengundi tadi untuk menonton  keputusan pilihan raya dekat pondok (Unit Peti Undi) dekat depan rumah aku .Selesai solat Isyak aku pi la dengan kawan aku itu. Berita di kaca televisyen lebih rancak melihat Barisan Nasional  telah mendahului carta memenangkan kawasan di sarawak. Pelbagai berita di ketahui melalui internet .

Sekitar jam 11.30 malam baru  mengetahui kawasan Jitra dan Kubang Pasu dah kalah kepada BN. Ramai keciwa.. Lebih keciwa mengetahui Kedah sudah di rampas BN. Aku pulang ke rumah sekitar 1 Pagi. Ada kawan aku mesej kata kedah sudah kalah. Aku tak balas pun..

 Bersambung.......



SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS