Sejak tengah malam(kelmarin) heboh dengan berita kenaikan harga petrol Ron 95 dan diesel sebanyak 20 sen atau 2 kupang di katakan kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang sangat tinggi.
sumber daripada malaysia kini
"h bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan
subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi
sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel."
Jika hanya menaikkan harga petrol dan diesel adalah satu cara yang bagus, saya katakan tidak kerana ia akan menambah masalah kepada rakyat itu sendiri. Kenapa? Di dalam Malaysia adakah semua rakyat di katakan kaya raya . Ia hanya segelintir sahaja di sebabkan kroni semata-mata. Bagaimana rakyat yang duduk di kawasan kampung hanya mampu isi minyak hanya satu botol sahaja( botol minuman yg kaca) yang harga rm2 yang kuantiti akan berkurang sedikit demi sedikit.
Manakala diesel di guna oleh lori dan bot nelayan. Jangan jika harga ayam, ikan sayur-sayuran dan daging kembali melambung tinggi di sebabkan dua bahan bakar ini mahal. Jika kerajaan nampak satu cara kenaikkan harga minyak satu alternatif kepada kebaikan kerajaan sebenarkan menampakan kecacatan kerajaan itu sendiri.
Ia melibatkan semua pihak tak kira majoriti dan minoriti rakyat negara Malaysia. Mari kita 'check' kembali pendapat kasar penduduk negara Malaysia, jika seorang itu pesawah pendapatan kasar dalam RM500-900++.Semua itu tak bersih lagi , kena tolak upah jentera penuai padi,traktor,upah semai padi dan lain-lain. Maybe bersih dalam RM200++. Nak beli keperluan harian ditambah anak-anak yang ramai , di masa yang sama ada kena menyara persekolahan anak-anak mereka.
Adakah kerajaan sekarang tak fikir nasib rakyat sendiri. Dato Seri Najib berkata akan menambah pemberian BRIM(Bantuan Rakyat 1 Malaysia). Memetik daripada Malaysia kini
"agi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah
terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan
meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan
diumumkan dalam ucapan bajet"
Jika pemberian BRIM dikatakan mengurang beban rakyat. Adakah benar ? Adakah nilai RM500 mampu menampung kos sara hidup yang kian meningkat sekarang. Ia tak sama sekali membantu.
Teringat satu video daripada Rafizi Ramli semasa nak PRU13 , mengatakan minyak akan turun jika Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak , tetapi mereka lebih suka kenaikan harga minyak itu sendiri. Mari kita tonton video tersebut :-
Akhir sekali, apa yang sedang berlaku adalah penindasan secara licik oleh pihak tertentu dan kroni. Kepada rakyat semoga terus kuat dan sabar. Semoga Allah bersama-sama orang yang sabar.
Wallahualam
*nota kaki
sumber malaysiakini daripada link ini
Diesel, RON95 naik 20 sen
yg ditakuti ialah kenaikan harga barangan lain
BalasPadammoga peniaga tidak mengambil kesempatan
@Yumida Huda
BalasPadamKita tengok dua minggu akan datang :P
dua kupang je pon nak heboh..kan malaysia masih aman?uhuhuhu..ha..ha..ha..hak..tuih!!
BalasPadam@Teacher Basariah
BalasPadam:P
dah isi BRIM? :p
tak payah..dh dapat masa raya lepas..hahahahahaah
BalasPadam