Facebook- Kebaikan VS Keburukan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 26, 2013
Sebut sahaja facebook , satu medium yang menjadi kegilaan kepada rakyat Malaysia. Merujuk beberapa fakta pengguna facebook di Malaysia sangat tinggi. Malam ini Naim akan berkongsi sedikit  berkisar 'Security Facebook' yang kurang di ambil berat oleh pengguna facebook. Ok. Naim senarai sebagai tambahan iaitu :-

1)Berhati-hati nak approve orang yang 'ADD' kita.. Mulakan sesi 'taaruf'.
2) Kepada awek2 rasa diri mu cun dan menawan. Jangan 'PUBLIC' photo anda. Setkan hanya view rakan-rakan facebook anda sahaja.
3) Pastikan password anda kerap ditukar.. :)
4) Sila google apa patut di tambah dan di kurangakn






Ok. Mari kita baca informasi di bawah ini 


  



** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, punggung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti "PHISING" dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE/HIDE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda.

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun.

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patu tu delete sahaja !

sudah baca? try google search www.google.com dan search "mati kerana facebook "
About 6,920,000 results


sumber:

 
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS