Benarkah Tahun 2014 Mencabar?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 19, 2013
Tahun 2013 tidak lama lagi akan melabuh tirai dan tahun 2014 akan menjelma. Yang pasti tahun 2013 menyimpan pelbagai masalah yang di hadapi rakyat biasa. Sama ada peringkat bawahan sehingga peringkatan atasan.  Cuba anda  google ' Tahun 2014 Mencabar' akan keluar pelbagai cerita sama ada ia positif mahupun negatif.

Sedar tak sedar pelbagai isu hangat di bicara secara ilmiah mahupun sekadar sembang di kedai kopi sahaja. Namun, apakah ini semua sekadar bualan kosong sahaja?  Ia tak hanya sekadar bualan kosong semata-mata ia melibatkan perasaan majoriti rakyat Malaysia amnya. Jom kita mengimbas kembali beberapa isu sebelum PRU13(Pilihan Raya Umum 13) di mana DS Najib dengan berdabik dada menyatakan tidak ada barangan akan naik harga. Selepas PRU13 lihat sahaja, apa yang terus di naikkan adalah Minyak RON 95 selepas itu RON97

Belum reda kenaikan harga minyak. Maka naik harga barangan lain dan tiada subsidi gula dikaitakan dengan akibat gula akan hadir penyakit gula. Kekadang naim hairan bagaimana  pemikiran seorang menteri berfikir. Adakah fikir logik atau sekadar melepas kata-kata kosong sahaja

lihat gambar di sebelah ini, tol pun akan di naikkan harga. Bagaimana rakyat nak meneruskan kehidupan jika semua harga naik. Jika naim di kampung kurang terasa kenaikan tol kerna di kampung tiada tol. Bayang mereka berada di pusat bandar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika tiba perayaan mesti warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing , fikirlah berapa tol kena tempuhi daripada Kuala Lumpur ke Kedah, tak banyak bukan. Masih tak fikir lagi.



Dengan kos sara hidup makin tinggi. Contohnya kenaikan harga minyak akan memberi kesan kepada bahan mentah . Senang menteri cakap jangan sewenang-wenang naikkan harga barang mentah. Mereka tak fikir nak hantar bahan mentah tak guna kenderaan perlukan bahan api? Macam-macam di bumi Malaysia ini

Berbanding dengan penyokong kerajaan, mereka akan telan bulat-bulat apa sahaja kerajaan cakap. Jika kerajaan katakan A, mereka juga katakan A. Mereka tak perasaan kenaikkan harga barang ini kena kepada mereka juga. Kadang-kadang kelakar membaca komen penyokong tegar kerajaan. 

Akhir sekali, belum kita masuk tahun 2014 kita berfikir apakah tahun 2013 kita di zon selesa dengan kos sara hidup masih tinggi. Naim tinggal entri dengan satu lagu.. Layan...

 
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS