Doakan Kesihatan Dua Tok Guru

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2014

Petang ini terasa serba tak kena. Badan macam demam pula keletihan mengejar kepadatan program. Harapnya hari ini boleh isterehat sejenak tapi terganggu dengan berita yang pastinya saya tak senang duduk.

Dua Tok Guru saya kini sedang terlantar sakit. Saya sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana tahap kesihatan mereka yang kini masing - masing berada di Hospital. Doakanlah keafiatan buat mereka justeru dunia masih memerlukan ilmu dan bimbingan mereka.

Kedua - dua Tuan Guru ini mempunyai banyak persamaan.

a) Kedua - dua mereka diberi nama Harun.

b) Kedua - dua mereka ahli Majlis Syura Ulama' PAS

c) Kedua - dua mereka mempunyai anak bernama Hamdi

d) Kedua - dua mereka kini sedang dirawat di Hospital

e) Kedua - dua mereka diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak tanpa henti kerana prinsip tegas mereka bersama keabsahan perjuangan Islam.

f) Kedua - dua mereka mempunyai penguasaan ilmu Islam yang sangat mendalam.

g) Kedua - dua mereka mempunyai ramai anak murid di seluruh negara.

h) Kedua - dua mereka saya sangat - sangat sayang. Semoga kembali sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabb


Via status Ustaz Nasrudin Hassan di facebook beliau.

Wallahualam.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS