Antara Dua Darjat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 05, 2014

Berbalik pada tajuk , bukan Naim nak cerita filem P.Ramlee malam ini. Tapi tajuk ini bersesuai dengan  suasana di Syria ,Palestin mahupun di Malaysia. Kerna ada perkara yang kurang senang Naim lihat akhir-akhir ini.

Pertama nya kita kurang memberi perhatian kepada saudara-saudara kita di bumi Syria, Palestin setiap hari. Kita ini boleh di ibarat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Maaf jika bahasa ini kasar . Inilah realiti yang berlaku di Malaysia. Berita di Malaysia seolah kurang berminat permasalahan yang berlaku di Bumi Syria. Lebih baik mereka siarkan berita hiburan.

Keduanya  masalah yang Naim lihat adalah budaya bangsa Melayu yang beragama Islam yang hujung-hujung usia masih galak masuk uji bakat Kilauan Emas Otai masih berbisa. Berbisa sangat kan  dengan mampu  memegang mircofon mendendangkan lagu-lagu era 60-an . Insaflah datuk-datuk ku, Insaflah nenek-nenek ku. Jika Malaikat Maut datang memgambil nyawa waktu tarik lagu, Tak malukan kita jika di bangkit depan Allah SWT dengan perkara tak elok.

Ketiga , Wahai kerajaan ingatlah apa yang kalian lakukan adakah manfaat kepada umat di Malaysia! Tak takot dengan Allah?

Wallahualam. 

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS