Nasihat Al Habib Abu Bakar Adni Kepada Pemuda Dalam Berdakwah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 25, 2015


Sekarang saya sedang menziarahi keseluruh pelusuk malaysia ,sedang saya masih berada dalam kesakitan,namun saya masih bersemangat untuk fokus kepada pemuda-pemuda yg bergiat dengan dakwah. Saya mahu Pemuda kita keluar dari sikap persempadanan, "ini pelajar Al Habib Umar, yang ini pelajar Al Habib Abu Bakar, yang ini pelajar Al Habib Salim As Syatiri, yang ini pula pelajar Al Habib Muhammad Alwi Al Maliki. Setiap dari mereka ini saling berlumba-lumba di antara satu sama lain. Masing-masing telah besarkan serban mereka,besarkan Syal mereka. Seolah-olah mereka itu Kerbau yg saling mahu menanduk di antara satu sama lain. Dan tidak mahu duduk bersama baik di tepi mahupun di hadapan. Mereka juga tidak akan bercakap di antara satu sama lain. Ini maqam saya!!! Ini kedudukan saya!!! Kalian semua seperti berpuak dan berparti. Kamu juga sama seperti pertelingkahan parti di zaman ini. Masing-masing gila kuasa. Barangkali satu masa nanti agama juga akan jadi seperti pilihanraya. Tiada yang akan menaiki mimbar untuk berkhutbah melainkan yang paling banyak undinya. Tiada yang akan mengimamami solat melainkan lelaki yg telah terpilih dalam pilihanraya. Apa ini semua!!!!?
Kita semua telah ditimpa dengan satu penyakit. Kita juga ditimpa dengan penyakit umat. Rasullullah ﷺ ditanya. Apakah penyakit umat? Lalu baginda menjawab; Saling Benci dan Hasad. Tidak aku katakan ianya mencukur rambut akan tetapi boleh mencukur agama. Tidakkah aku tunjukkan kepada kalian dengan sesuatu yang jika kamu lakukan pasti kalian akan saling mengasihi, sebarkan salam di antara kamu
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS