Musuh Di Depan Mata

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 30, 2017
Setiap makhluk bernama Manusia tidak terlepas sesuatu perkara yang di namakan MUSUH. Apa itu musuh? Musuh adalah seseorang yang kita tidak sukai sama  di luaran dan dalaman kita. Perasaan ini akan membuak-buak apabila kita bertembung dengan kita secara berhadapan atau sinis sahaja.

Musuh kekadang pandai bermain dengan perasaan. Mereka mencipta sesuatu perkara yang tidak dapat di fikirkan secara logikal akal sendiri. Makin luas perancangan mereka semakin dekat kepada kejayaan ilusi. Ia sekadar contengan di dada dinding bangunan usang yang menjadi memorial sahaja.

Mereka berkata berjuang di atas nama ini atau nama itu adalah jalan yang suci. Tetapi mereka adalah menokah arus badai dunia. Menghalalkan yang haram, yang sudah halal di katakan haram mengikuti fatwa hati mereka.  Suara kebenaran daripada alim ulamak persis salakan anjing  di kaki gunung. Mereka abaikan ia sekadara picisan di dalam dunia mereka. Akan tetapi, ulamak akan di cari apabila ada kematian. Ia sekadar, inilah tugas anda. Jangan lebih daripada itu. 

Inilah pemikiran liberalism yang berakar di dalam umat Islam di Tanah Melayu sekarang. Mereka memikirkan perihal agama hanya solat, zakat, dan seumpamanya. Ia tidak lebih seperti pergi sekolah dan pulang pada petang harinya. Mereka sudah lupa mereka telah masuk di dalam perangkap Dajjal itu sendiri. Nanti dajjal membawa dua perkara di tangan ada syurga dan neraka. Jika memilih syurga dajjal adalah nereka bagi kita, manakala neraka dajjal adalah syurga bagi kita, ia dapat bertahan adalah orang yang benar-benar kepada Allah.

 Mampukah kita mengekang kemaraan musuh di hadapan kita....

Wallahualam.


SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS