Mereka Syahid- Memali

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 04, 2018
Tun Mahathir berkata syuhada di Memali mati katak.. Sugguh kurang ajar.. Jom dengar mutiara kata Almarhum Tuan Guru  Hj Salleh Musa Rahimahullah



NAK PEGANG KATA-KATA MAHATHIR ATAU ALMARHUM TUAN GURU HAJI SALLEH?
Kenyataan Al-marhum Tuan Guru Hj Salleh Musa Rahimahullah tentang tragedi Memali
-------------------------------------------------
“Memali nie bukti kezaliman! Masa tu puak depa semua cakap Ustaz Ibrahim tak syahid. Saya, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, seorang lagi Tuan Haji Mahmud Lanai kata dia syahid. Kami pertahankan!
Kami takkan mandikan dia, dia syahid! Kami kebumikan terus! Masa tu kalau nak hadap sapa pun, kami pertahankan syahid! kami berani hujah bukak kitab! Kami kebumikan dia tak mandi!
Kebumi kat Parit Panjang, pasai Tuan Guru Omar Zuhdi ada situ! Tuan Guru Omar Zuhdi tu guru Ustaz Ibrahim. Tengok la! Parit Panjang takde apa pun. Tu la masjid Tuan Guru Omar Zuhdi dan kubur Ustaz Ibrahim yang buat Parit Panjang tu hidup! Pi Tanya orang yang kebumikan dia! Ada bau wangi ke idak?
Lepas tu tak lama! Kecoh puak depa nak gali kubur tu! Nak tengok hancuq ka dak Ustaz Ibrahim. La tu jugak Sultan Kedah campur tangan. Tuanku tak bagi usik. Tuanku habaq! Depa kata tak syahid, depa punya pasai! Beta kata syahid!
Jangan dok usik kubur Ustaz Ibrahim! Dah! Bila tuanku campur tangan, puak depa tak berani la!”
# luka memali berdarah kembali
#Alfatihah

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS