PAS Tidak Bertanding Di PRK Sandakan

in , , by Muhammad Naim Abdullah, April 17, 2019

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

2. Dengan keputusan ini, maka PAS akan memberikan sokongan kepada Wakil Pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang Calon Pakatan Harapan.

PAS mengharapkan Pilihan Raya Kecil ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan Wakil Pembangkang, lebih-lebih lagi kerusi Parlimen tersebut pernah dimenangi oleh Barisan Nasional suatu ketika dahulu. Kemenangan calon Pembangkang nanti sudah pasti akan menjadikan proses semak dan imbang (check and balance) dalam Parlimen Malaysia lebih efektif demi untuk kebaikan negara dan rakyat jelata.

3. Selaras dengan itu, PAS Sandakan dan PAS Sabah khususnya akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi membantu calon Pembangkang dalam menghadapi PRK ini. PAS juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian Parti bagi memberi sokongan kepada Calon yang mewakili pihak Pembangkang.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 17 April 2019.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS