pengikut pemudattbc

Khamis, 27 Jun 2019

Adab Merangkumi Semua- Rotan Alat Mendidik Bukan Menghukum


Assalamualaikum dan selamat pagi semua, pada minggu ini kecoh apabila seorang guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di Johor. Asbab pelajar tersebut menyebut "pondan" kepada guru tersebut. Sudah nampak sifat kurang ajar pada guru beliau. Jika sikap sebegini di teruskan para guru akan mengalami tekanan perasaan yang sangat tinggi. Tugas guru  mendidik anak kita supaya berjaya pada masa akan datang. Jika sikap manja di biarkan, boleh Naim katakan lingkup generasi akan datang. 

Mengimbau pada zaman sekolah dahulu, Naim melihat guru memegang rotan sudah merasai gerun. Kerana rasa hormat kepada guru masih menebal. Jika kita melakukan kesalahan pada waktu itu,  Tidak kira di telapak tangan, lengan, hatta di punggung sekali pun. Tak berani mengadu pada mak ayah pabila pulang ke rumah. Kerana takut akan di tambah akan bilangan rotan .  Begitulah perbezaan antara zaman dahulu dan kini.

Oleh itu, jom layan satu video dari KOKOM berkisar situasi sekarang



Apa macam saudara-saudari, nak lihat kerosakan terus berlaku. Biarkan anak-anak kamu tiada adab dan sopan kepada guru anda. Kelak ia akan kurang ajar dan biadab kepada ibubapa mereka kelak. 



Bukan mudah menjadi pendidik pada waktu sekarang, di belenggu dengan viral dan saman oleh ibubapa lembik dan membawa kepada anak-anak mereka yang manja. Kelak negara akan hancur dan lebur dengan sikap sebegini. Bangkit netizen support para Guru , kerana Guru kita mengenali abjad . Kerana  ilmu perlu di selami dengan adab.

wallahualam

18 comments:

Tengkubutang berkata... [Reply to comment]

Ya.. TB pun setuju.. Merotan untuk mendidik.. bukan untuk menghukum.. namun cara terbaik kita perlu menegur kesilapan yang dilakukan anak / pelajar dengan cara berhemah .. tapi kalau tak jalan gak.. pilihan merotan terpaksa dibuat..

Rawlins GLAM berkata... [Reply to comment]

Apa alamat sekolah marikh tu?
Nak bagi kat para sahabat yang berfahaman 'aku yang bayar gaji cikgu tu, maka dia kena jaga anak aku, bukan pukul anak aku'

Apa dia ingat cikgu tu orang gaji dia?

Nhazla Fikri berkata... [Reply to comment]

Setuju tuan. Saya pun cikgu. Kecewa jugak sebab parents bela anak yang biadap dengan guru dan orang yang lebih tua. Namun, cikgu yang lebih berakal perlu bijak dalam memberi hukuman. Saya tetap salahkan pelajar tu sebab menganjing cikgu. Tapi cikgu juga tak boleh menghukum dengan nafsu. Harap kes ini ada pembelaan buat cikgu tersebut.

airah syahirah berkata... [Reply to comment]

Dulu masa sekolah kalau cikgu rotan ke marah ke then bagitau parent macam tu je la tak ada nya parent nak pergi marah cikgu dekat sekolah hahaha

Elle Mazlan berkata... [Reply to comment]

Teringat lg dulu kena cubit kat perut dgn guru disiplin perempuan sbb time tu suka pakai blusher gi sekolah hehe tapi tak pernah pun nak mengadu kat mak sbb tahu salah sendiri hehe.

Mahamahu berkata... [Reply to comment]

Tak tahu nak cakap tentang isu ini kadang-kadang anak-anak yang kurang hajar dan juga kadang-kadang ibu bapa sekarang yang manjakan anak sangat sebab itu mereka jadi macam tu tak tahu kita tak ada anak lagi hehehehe...

iffah208 berkata... [Reply to comment]

Sepatunya sebelum apa-apa tindakan diambil semua pihak hendaklah buat pemantauan dan semakkan punca masalah dan bagaimana dia berlaku! jangan ambil keputusan terburu-buru

NEEZA berkata... [Reply to comment]

bagi pendapat sayalah kan, mungkin zaman dah berbeza, dulu kita tak celik dengan undang2 dan teknologi, sekarang semuanya di hujung jari. jadi mereka yang sekarang melihat hukuman rotan itu dari sudut yang berbeza. ibu bapa sekarang lebih prefer pendidikan yang demokrasi dan open seperti di New Zealand dan Australia dari pendidikan konservatif. tapi itulah masing2 ada pro dan cons kesan dalam mencorak anak2 ini mengikut acuan yg dipilih.

Abam Kie berkata... [Reply to comment]

abe kie masih rotan murid2 yg x buat kerja sekolah. Alhamdulillah, x de lg ibubapa yg menyerang abe kie di sek.

Zharif Azis berkata... [Reply to comment]

Budak sekarang tak boleh dirotan. Manja sangat sampai boleh bawa pergi court. Tp parents yg salah sbb they used to be canned back then when they were younger but still, they are the one who cant accept their kids to be canned by the teachers

Sayidah Napisah berkata... [Reply to comment]

first gambar tu kelakar hahaha sempat lagi selit pasal picit roti di kedai.

saya tak pernah kena rotan teruk teruk kat sekolah tapi bagi saya, kalau student dah tahap kurang ajar sangat tu, memang patut dirotan. tapi sayang la sekarang, peraturan tak boleh usik langsung student huhuhuuu

Mira Cikcit berkata... [Reply to comment]

Atok saya guru, ayah saya pun guru. Saya dibesarkan dengan cara seorang pendidik dan mereka berdua garang dan ada humor at the same time. Rotan tu dah memang sebati dengan saya semasa dibesarkan dan saya bersyukur sebab dibesarkan dengan betul. Kalau dulu cikgu marah, saya mengadu dekat parents, saya kena rotan lagi sekali. Kadang2 merotan bukan sebab marah, tapi sebab nak mengajar apa yang betul dan tak betul. Sampai sekarang, student2 atok dan ayah saya masih menghargai jasa mereka masa mengajar dulu. Ibu bapa sekarang kena sedar, guru adalah seorang pendidik, dan seorang guru yang baik adalah guru yang mengambil berat, bukan sekadar melepaskan tangan je.

Jia Shin Lee berkata... [Reply to comment]

Children now are over pampered back in those days if I kena rotan confirm diam diam sbb I know I gonna get it again when I reach home but times have changed, yes the teacher mmg salah because rotan sampai other places should be done on the palms of the hands only.

On the other hand, that student mmg over, how can she be so disrespectful and name calling is not okay, she is a bully and her mum is obviously not helping by exaggerating how her hand cannot move after kena rotan.

Conclusion, I still prefer the old method because as a child I selalu kena rotan but when I grow up I understand, if my parents manja me, talk nicely to me I think I will be worse.

Ciktie berkata... [Reply to comment]

Hmm..pernah juga merasa kena rotan dengan cikgu dulu hahaha biasalah zaman sekolah. Tapi tiadalah nak balik adu dekat mak..cuba adu memang tak pepasal dapat nasi tambahlah.

Tapi zaman sekarang dah berubah. Pelajar tak boleh diusik sikit mesti jadi benda lain. Bertabahlah wahai para pendidik

mamapp berkata... [Reply to comment]

Mama setuju... Betulkan niat kan utk mendidik

Tekkaus berkata... [Reply to comment]

I agree that children should be whacked as my children are whacked by me whenever they have crossed the line. Then again it is important to let them know why we caned them. :D

Absolute Yana berkata... [Reply to comment]

This whole thing is such a mess, kids for starters really need to know how to respect older people and learn to zip their foul mouth. As for the teacher, he shouldn't be canning students like they were given punishment in jail. Only jail cannings actually leaves marks as such. There's also a part where someone found her past exam results and she is actually a troublemaker if the allegations are true. Seriously worried over the new generation.

AlongMurni berkata... [Reply to comment]

AM sangat setuju dengan pandangan awak.. Ingat time Am kecil2 dulu, kalu kena rotan dengan cikgu, takut nak bgtau mak atau ayah.. Confirm lagi double triple kena.. Sbb mak ayah akan ckp ' Cikgu takkan rotan tanpa sebab..Mesti Am ada buat salah kan? Hehehe..



Entry Paling Best

--------------