Makna Kedamaian Di Dalam Ilusi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 18, 2019


Di dalam kehidupan bernama Manusia, kita akan mencari makna damai. Di dalam mencari makna damai . Kekadang membawa kepada asbab yang berbeza. Ada manusia mencari damai dengan memancing, mendengar muzik, ada duduk di persisiran pantai hatta mencari makna sebagai Hamba kepadaNYA. Kehidupan sekarang jika tidak di perbaiki ia akan membawa kepada kemudhratan yang sangat besar.

Mencari damai yang abadi kena kembali kepada asal kejadian kita. Sebagai makhluk Tuhan kena beradab dan beribadah kepada Nya. Hendak mentafsir makna Damai secara menyeluruh tidak upaya. Kerana damai ini datang dengan sendiri, dengan kata lain nikmat semula jadi kurnia daripada Sang Pencipta kita. Kekadang manusia lebih mencipta janji-janji manis sehingga membawa kepada kemudhratan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat hatta kedaulatan negara kita sendiri.

Oleh itu, berpada-pada di dalam berjanji kepada makhluk termasuk kepada Sanga Pencipta (nazar) kerana takut ia akan memakan diri kita balik kerana menabur janji kedamaian hatta dunia sekali pun. Mencari makna damai kena ada keikhlasan dari hati yang tulus. Jika 'fake' ikhlas ia akan bertahan sekejap sahaja. Sebab itu ramai tenggelam di dalam kedamaian yang sementara. Terkapai-kapai mencari jalan pulang.


Ramai mengatakan realiti adalah kejam dan zalim. Akan tetapi, mereka terlupa kerana mereka membawa kepada realiti kepada ke arah kejam dan zalim angkara buah-buah janji manis. ( Ramai yang terkena pada PRU 14).  Oleh itu, kita kena muasabah diri kembali adakah kita sebaik-baik untuk memberi damai yang abadi. Kerana damai ini anugerah terbaik daripada Sang Pencipta. Jangan sampai tangan-tangan kotor memusnahkan maksud Damai ini.




Maksud damai ada dalam lagu ini.

SHARE 24 comments

Add your comment

  1. Its true when think of it on a deeeper level, we have to find peace within. Is us that control our mind and emotion.

    BalasPadam
  2. kdg2 kita juga alpha dengan duniawi ni..arwah abah sis mengubah sis dr pelbagai aspek..dia tgglkan sis dengan penuh tanda tya..perginya cukup indah..jdinya pengakhiran kita mcm mana kelak..subhanallah..semoga kita dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  3. bukan senang nak cari damai di hati tapi bila kita dah dapat memang sangat- sangat menenangkan..
    apa-apa pun berbaliklah kepada yang esa

    BalasPadam
  4. perkongsian yg menarik. makna damai bagi saya adalah apabila mencapai satu tahap ketenangan yang tinggi,juga apabila tiada perbalahan, permusuhan dan sebagainya. mungkin saya perlu mencari lagi erti kedamaian. apa2pun terima kasih share

    BalasPadam
  5. Susah nak kata. Manusia sekarang ramai suka menabur janji saja tapi tak ditepati. Hanya pada Pencipta kita serahkan. Yg penting kita usaha untuk kekalkan kedamaian

    BalasPadam
  6. Damai bagi saya adalah tidur. Saya rasa dunia ni jem melekat dengan pelbagai perkara. nak berilusi pun tak bleh. Realiti kehidupan sangat jelas sekarang. mungkin kerana kita semua sudah matang.

    BalasPadam
  7. @el Insha Allah. Doa kesejahteraan bapak ya. kerana anak yang solehah tak lupa pada ibubapa. :)

    BalasPadam
  8. @Cik Lily Putih Sangat betul itu. APa2 kena kembali kepada Sang Esa

    BalasPadam
  9. @Ernie Tomo :) sabar dan tawakkal adalah ubat kita pada waktu sekarang

    BalasPadam
  10. Yang penting ikhlas dan istiqomah. Jangan terjebak pula menjadi penunggang..manusia sekarang macam-macam. Luaran aja tak dapat nak tafsir bagaimana keadaan hati tu kan. Btw, apapun kena ingat Tuhan. Tq berkongsi dan mengingatkan.

    BalasPadam
  11. Setuju. Damai dan tenang tu juga salah satu nikmat Allah. Tak terbeli hatta dengan wang ringgit.

    BalasPadam
  12. Hidup ini mudah, kita perlu cipta kedamaian dalam diri dan sentiasa menuju kearah positif. Baru hidup kita lebih bahagia dan indah.

    BalasPadam
  13. Sebagai manusia memnag kita akan alpa dan lupa. Nak mencari damai bukan mudah. Kena istiqomah. Nak cari damai catilah Al Quran. Insya Allah tenang dan rasa damai. Yang alpa kita sama sama nasihatkan

    BalasPadam
  14. rasanya tak perlu letak tentang ramai yang terkena pru14 tu sebab ada contoh lebih bagus dari dunia politik. Umum tahu manifesto bukan sesuatu yang pernah dicapai dari mana2 parti pun. Yang mengundi pun kebanyakannya nak jatuhkan najib dan rosmah. PH je pembangkang yang ada dengan pemimpin berpengalaman selain PAS dan PSM

    BalasPadam
  15. terima kasih kongsi buah fikiran yang bernas ni buatkan kita semua fikir sejenak tentang kedamaian yang kita idamkan sering kali hancur berkecai dek janji palsu dari mereka yang hanya mementingkan diri sendiri

    BalasPadam
  16. @Farhana Jafri Hari tu pangkah P,H ka? haha. chill la. sekarang Islam jadi msuh tahu x.

    BalasPadam
  17. damai tu perlu dicari dan paling penting kena sebarkan...sentiasa positif yang berpada , yakin dan juga redha ..setiap musibah yang datang pasti ada hikmahnya

    BalasPadam
  18. Ramai yg hidupnya fake lately ni. Berpura-pura baik depan dan belakang sebaliknya. Tapi sy sgt optimism just jadi diri sendiri. Sebab kita percaya kita baik akan memberi aura pd sekeliling

    BalasPadam
  19. selalu je nak cari kedamaian dan ketenangan..kadang nak jauhkan diri dari orang semua..malas nak fikri duniawi ni, tapi sebenranya kita tak boleh lari dari semua tu..semua ni yang ajar kita bersabar

    BalasPadam
  20. kalau lah kedamaian dan ketenangan bukanlah hanya ilusi, kan bagus? hmm... lagu yang best dari m nasir..

    BalasPadam
  21. Yang penting hati kita mesti kena bersih. In shaa Allah akan selalu rasa tenang dan damai je. Penting juga untuk tidak menipu diri sendiri. Btw, Nad follow Naim ya #614

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS