Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 19, 2019


KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Malaysia terus mencatatkan sejarah apabila mengumumkan pelancaran rasmi satu lagi institusi pendidikan di bawah pengurusan pentadbirannya.

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) melengkapkan alur pendidikan ditawarkan sayap PAS ini selepas PASTI dan SRITI yang kini mempunyai banyak premis di seluruh negara.

Pelancarannya telah disempurnakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan SMITI, Hashan Aladi Ahmad pihaknya mensasarkan pada tahun hadapan, sebanyak lima SMITI harian dibuka dan betoperasi di Sabah, Perak dan Kedah.

Jelasnya, pengambilan bagi Tingkatan 1 itu akan melibatkan aliran sains, aliran turath dan aliran teknologi vokasional, manakala pada 2021 baru diwujudkan aliran al-Quran dan Hadis. - HARAKAHDAILY 19/6/2019

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/11539-pemuda-pas-catat-sejarah-pendidikan-lancar-smiti
SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS