Syoknya Puasa Syawal

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 16, 2019


Jom kita berpuasa, 3 niat dalam satu ibadah best bukan. hehe..


Bila Puasa Sunat Hari Putih 2019?

13, 14 dan 15 Syawal 1440H bersamaan Isnin 17 Jun, Selasa 18 Jun dan 19 Jun.

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang kurangnya tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada "ayyamul bidh", yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah).

Puasa tersebut disebut "ayyamul bidh" (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.

Dalil: 

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata,

أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ

“Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 
1- berpuasa tiga hari setiap bulannya, 
2- mengerjakan shalat Dhuha, 
3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” 
(HR. Bukhari no. 1178)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” 
(HR. Bukhari no. 1979)

Dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika kamu ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada 13hb, 14hb, dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” 
(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadits hasan).

Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

“Rasulullah SAW selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13hb, 14hb dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” Dan baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” 
(Hadith Sahih riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434)

Dari Ibnu ‘Abbas ra, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak musafir maupun ketika bersafar.” 
(HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.).

Namun dikecualikan berpuasa pada 13hb Dzulhijjah (sebahagian dari hari tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut diharamkan. Oleh itu diganti ke 16hb.

Referensi:
Al Fiqhu Al Manhaji ‘ala Madzhabil Imam Asy Syafi’i, 
Penyusun: 
Dr. Musthofa Al Bugho, dkk, 
Perbitan: 
Darul Qolam, cetakan kesepuluh, tahun 1431 H, hal. 357-358

Kredit FB: Mohammad Haidzir Hussin
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Great to puasa.. selamat hari raya.. hope u enjoy every single moment of raya!

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, Rawlins akan selesai Puasa 6 dalam minggu nie gak.
    Cabarannya adalah pabila kengkawan ajak pergi open house/ open department dan lunch. Hahaha.

    BalasPadam
  3. Mmg seronok Kan semoga Kita mendapat yg terbaik di Hari putih

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, zul dapat juga recall ilmu tentang ibadah dengan baca entri ni. terima kasih ye. Semoga kita diberi peluang untuk beribadah kepada-Nya

    BalasPadam
  5. Memang bagus puasa syawal untuk yang nak lebih pahala. Terima kasih untuk informasi dan terjemahan yg details.

    BalasPadam
  6. Bagus kan kalau kita berpuasa syawal..semoga kita sama-sama dapat membuatnya..sambil tu dapatla kurangkan makanan mana yang nak berdiet tu..ehhee

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Seronok bila dapat buat puasa 3in1 ni. Bertuah sangat. Cx waima tak dapat nak buat tapi atleast bantu suami untuk bangun sahur dan puasa. Semoga dikurniakan kebaikan buat kita semua.

    BalasPadam
  8. Bagusnya perkongsian awak ni, saling mengingati dan berpesan pesan. Ilmiah gini sesekali baca refresh kembali info yang mungkin terlepas lupa lupa ingat gitu. Hehee...
    Ramai gak rebut ganjaran puasa di bulan Syawal kita pun tak mo terlepas peluang dan ganjaran ni...

    BalasPadam
  9. Memang seronok dan bagus puasa syawal ni kan. Tambah lagi pahala dan amalan kita kan. Satu perkongsian ilmu yang bagus. Refresh semula ilmu yang dah berkarat

    BalasPadam
  10. Belum lg start puasa syawal nti akan buat jgk thank you sharing info yg terbaik

    BalasPadam
  11. Syira tengah habiskan puasa 6. Inshaallah. Nanti raya lagi hehhehe tq for sharing

    BalasPadam
  12. Bagus kalau amalkan puasa 6 ni. Macam bonus pahala yang boleh kita rebut. Cabaran mmg banyak tapi ganjarannya hebat

    BalasPadam
  13. This is good info for our Muslems brother & sisters. Btw, I am not practising this but, It's good to know this kind of info

    BalasPadam
  14. Ah bagus bagus dapat berpuasa. Actually fasting is very good not only for religion but for our health and body too.

    BalasPadam
  15. Thanks for sharing this info. Fasting is a good practise to practise in our lifestyle.

    BalasPadam
  16. Moga semua yang berjaya berpuasa pada 3 hati ini dimakbulkan doa Dan menerima limpahan rahmat dan rezeki.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah puasa 6 wawa dh nak habis.. Tak sabar nk beraya lg sekali. Haha... Lagi 2 hari nak habis baru leh mkn mcm2.. Hoho

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS