Hargai Mereka - Susah Payah Tetap Bersama

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 02, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga hari ini di mula dengan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Setiap apa yang berlaku ada baik dan buruk atau lebih mulia dikatakan ialah ada hikmah di sisi Allah.  Kehadiran orang sekeliling kita akan mempengaruhi kelakuan kita jua. Sama ada kita sedar atau sebaliknya.


" Satu tangan yang meraihmu di saat kamu terjatuh, akan lebih bermakna daripada seribu tangan yang menyalami mu di saat kamu berjaya "

Kita kena menghargai mereka yang berada kita sama ada saat kita susah dan payah. Sentiasa memberi semangat supaya kita akan terus berjaya tanpa menoleh ke belakang. Ia lebih bermakna d an mampu membuat kita terus tersenyum gembira kelak. Dalam dunia ini ramai akan bersama semasa waktu senang, jika waktu susah semua pakat lari dari kita. Kerana tidak mampu bersama dan tidak upaya untuk bersama. Itulah sahabat hatta kawan yang rosak.

Bukan mudah menyemai tali persahabatan demi Allah di dunia akhir zaman. Cuba yang ada hendak mengambil kesempatan yang ada. Hanya doa kepada Ilahi sahaja tempat kita berpaut di dalam memilih kawan yang benar.



Kembali mengenang sirah Baginda Rasullullah di dalam penyebaran Agama Islam, ramai para sahabat Baginda yang kekal bersama Rasullullah di saat Islam di asah segenap penjuru. Ini memberi gambaran kepada kita semua. Kejujuran dan keikhlasan lebih utama daripada segalanya yang kita kecapi di dunia ini. Ia sangat berbeza dengan diri kita semua. Ia hiasan semata-mata. 


SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Kunjungan persadan salam kenal mas

    BalasPadam
  2. Ya. Baru semalam tengok video berkaitan kudodoshi. Tak silap saya itu ejaannya. Tentang mati sendiri tanpa pengetahuan orang lain. Orang jenis ini tidak suka bergaul. Sebaik, kenali orang sekeliling. Cubalah bergaul supaya kita ada dalam kehidupan bermasyarakat

    BalasPadam
  3. Bagus perkongsian ni, berpesan pesan dengan kebaikan.

    Dan lagu Mustika tu memang antara lagu terbaik M. Nasir.

    BalasPadam
  4. Yes bila kita susah baru kita tau siapa kawan siapa lawan. Kawan yang membantu time kita susah hargai lah mereka, sebab mereka memang insan yang ikhlas membantu.

    BalasPadam
  5. sesuatu yang memang ken aamik perhatian dan ingatan..yerima kasih atas perkongsian ini. banyak yang saya belajar melalui penulisan anda :-)

    BalasPadam
  6. Penghargaan tu penting! Kami kena sentiasa berasa bersyukur dan menghargai apa yang sedia ada dan menghargai apa yang telah diberi. Selain itu, kena berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal. Jom berusaha bersama!

    BalasPadam
  7. Betul tu. Nak cari orang yang betul betul berbaloi untuk kite hargai, tengok siapa yang ada dengan kita masa kite jatuh. Tengok jugak sapa yang ada dengan kite masa kite naik.

    BalasPadam
  8. Nak ada kawan susah senang bersama bukan mudah. Malah ada yang berkawan lama pun,bila tahu kita susah, terus lari.
    Apa pun, semoga kita sentiasa bersedia dengan semua ni.

    BalasPadam
  9. Susah nak cari kawan yg sama2 senang dn sama2 susah ni, byk..bila kita senang ramai yg datang tapi bila kita susah ramai yg lari. Mana yg kita tgok masa kita susah masih bersama kita..haa yg tu lah kita pegang baik2

    BalasPadam
  10. Thanks for this timely reminder. It's true that we need friends in our life but real ones. As the saying goes a friend in need is a friend indeed. Cherish our real friends.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS