pengikut pemudattbc

Selasa, 16 Julai 2019

Jangan Mudharatkan Diri



Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Bagaimana cuaca tempat anda semua, di Kedah hari ini cuaca  agar mendung dan hujan renyai. Kerana ia sudah masuk musim hujan di kawasan utara.  Jangan lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad. Kerana selawat dapat memberi ketenangan jiwa dan perasaan kita.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini adalah Jangan Mudharat Diri. Dunia adalah tempat persinggahan sementara. Secara amnya dalam Islam telah mengajar Dunia persinggahan sekejap untuk beroleh manfaat akhirat. Berlumba-lumba membuat ibadat kepada Tuhan yang ESA. Penganut agama lain akan sama cuma cara beramal yang berbeza.

Kalam Syeikh Zainul Asri Haji Ramli 

" Mengambil racun memudaratkan diri, mengambil dunia merosakkan hati "

Kita sedia maklum racun sudah memudhrat kan diri jika kita mengambil untuk merosakkan diri. Adalah dosa besar di sisi Agama Islam.Dunia bagaimana pula? . Tidak menjadi kesalahan jika kita mengambil dunia untuk sekadar menampung keperluan kehidupan dan jangan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah untuk beribadat kepada Allah. Ada segelintir manusia selagi ada kekuatan , ia akan pulun (bersungguh-sungguh) mengumpulkan harta benda. Akibatnya membuat diri nya alpa dan lupa sang Peciptanya.

Sifat manusia ini akan membawa kepada bencana kepada dirinya hatta orang sekelilinginya.  Sikap ini memberi satu impak negatif kepada masyarakat dan negara .  Sesuatu itu jika tidak di kawal akan membawa kepada kemudhratan yang lebih besar lagi.

Asbab itulah, Islam telah menggaris mengapa mengambil dunia hanya sekadar keperluan sahaja dan bukan kehendak nafsu semata-mata. Ia akan mengawal sifat negatif di dalam kita sendiri. Ilmu juga penting kerana ia dapat membezakan yang perlu dan tidak perlu. Berlumba-lumba mencari kekayaan dunia, walhal ia tidak bersama-sama kita kelak di dalam kubur. Ingatlah rezeki yang kita kecapi sekarang adalah pemberian Sang Pencipta iaitu Allah. Jangan kita sombong dan bongkak dengan kekayaan kita. 

Kelak, Allah tarik balik semua kekayaan kita, menyesal tak sudah pun sudah berguna lagi. Sesal pendapat dahulu , sesal kemudian hari menimpa sedih dan patah hati sahaja yang mendapat.

Fikir2 lah...

18 comments:

Bella Jamal berkata... [Reply to comment]

Kena beringat2 lah jawapannya. Zaman sekarang perlu juga mencari kaya tapi dgn cara yg halal dan tuhan redha la. Tq berkongsi sbgai peringatan sesama kita

Bella Jamal berkata... [Reply to comment]

Kena beringat2 lah jawapannya. Zaman sekarang perlu juga mencari kaya tapi dgn cara yg halal dan tuhan redha la. Tq berkongsi sbgai peringatan sesama kita

Ezna berkata... [Reply to comment]

Kekayaan dunia hanya untuk dunia sahaja tetapi kekayaan dunia dan akhirat yang baik. Kalau sibuk kejar dunia nanti kelak di alam barzakh ditinggal juga kecuali sedekah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak2....

cre8tone berkata... [Reply to comment]

semua ni advice yang berguna kepada orang... think and judge, which is the best for us..

AyuArjuna BiGoshh berkata... [Reply to comment]

Ada benarnya. Kena sentiasa bersederhana dalam apa carapun. Sebab dengan bersederhana dapt mengelakkan kita ada perasaan riak

Banban90 berkata... [Reply to comment]

Betol la tu

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Bella Jamal Ya kena sentiasa beringat2 hehe

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Ezna Sangat betul tu. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@cre8tone

Yes, kena sentiasa berfikir yang mana lebih baik. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@AyuArjuna BiGoshh ya.. :)

adianiez AIDA berkata... [Reply to comment]

Aida d langkawi ni. Yes. Hujan lebat sgt. Sejuk! Berjalan2 pun ptg tadi, nyaman jer. Hujan da stop.
Yes. Seimbangkan dunia & akhirat. Bersederhana... Merendah diri.

Emi berkata... [Reply to comment]

Nasihat yang sangat berguna untuk kita semua. Sy ambil ini sebagai peringatan untuk saya. Terima kasih ye.

Sunshine Kelly berkata... [Reply to comment]

Thanks for the good thoughts, so true. All religion leads people to be good, we have to always stay humble and be honest in our living.

Syamimi Saad berkata... [Reply to comment]

Dunia hanyalah sementara. 'Pulun' macam mana pun, sang pencipta tak boleh dilupakan. Kena seimbangkan,kan.. Tu yng kita selalu ingatkan pada diri sndiri juga.

Mawardi Yunus berkata... [Reply to comment]

datang singgah sini untuk muhasabah diri. banyak betol rasa kelemahan yg ada kat diri ni yang perlu diperbaiki.

Jessie Koo berkata... [Reply to comment]

Sangat agree dengan article ni. Buat peringatan kepada diri sendiri and good advice to yang lain. Ramai yg terjebak kerana nafsu

Mouse Mommy Treats berkata... [Reply to comment]

Buat yang terbaik untuk komuniti dan sendiri. Segala manfaat untuk semua akan dihargai seumur hidup.

mamapp berkata... [Reply to comment]

Mengambil racun memudaratkan diri, mengambil dunia merosakkan hati

Mama suka baca ni



Entry Paling Best

--------------