Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang (berjuang) untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(As-Saff: 4)

1) Cabaran politik tanah air semakin rencam dengan pelbagai isu anak muda yang semakin membarah. Sikap menuding jari, manifesto palsu, ancaman liberalisme dan idea penyelesaian yang tidak bertepatan kaedah Islam oleh Pakatan Harapan sangat mengecewakan.
2) Pentas antarabangsa juga memerlukan suara anak muda Islam didengari bagi memperjuangkan isu ummah. Bumi Palestin yang terus dijajah, bumi Syria terus menjadi gelanggang pertembungan kuasa besar dunia, nasib Muslim Rohingnya dan Uighur yang digelapkan media, peningkatan nyawa yang terkorban di Yaman, selatan Sudan, selatan Thailand dan di serata dunia Islam.


3) Untuk itu, Malaysia mendambakan kepimpinan politik anak muda yang 'action oriented'. Tidak hanya berpencak di medan maya dan pidato yang bergegar, bahkan memerah segenap kepakaran dan tenaga turun ke lapangan untuk membawa anak muda Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi bagi membawa budaya politik yang berteraskan nilai Politik Islam acuan Rasulullah SAW.
4) Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2019-2021 menawarkan kepada anak muda dengan pelbagai latar belakang dan kekuatan bagi menggalas aspirasi membawa Malaysia yang lebih sejahtera. Kepimpinan DPPM kali ini diwarnai dengan penglibatan ahli akademik, aktivis, kepakaran bidang profesional, ulama muda. Berpandukan apa yang dinyatakan oleh Allah SWT sebagai “sebuah binaan yang tersusun kukuh”.


5) DPPM yakin dan percaya gabungan 9 tenaga pakar kejuruteraan, 4 tokoh akademik, 3 ahli perniagaan, 2 doktor perubatan, 15 ilmuan Islam dan 2 aktivis kebajikan, Insya Allah mampu mengemudi suara anak muda Malaysia.


6) Kami memohon doa semua pihak bagi memastikan kami terus diberi kekuatan oleh Allah SWT. Kami juga menyeru penyatuan anak muda di segenap peringkat untuk bersama aspirasi kami mengangkat dan memartabat suara anak muda Malaysia untuk kita membina Malaysia yang sejahtera.
"Demi Islam"
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bertarikh: 4 Julai 2019 | 1 Dzulkaedah 1440H

p/s: sumber asal dari Facebook Dewan Pemuda PAS MALAYSIA
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Semoga perjuamgan mereka berhasil utk kesenangan Dan keberuntunga. Semua

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS