Bagaimana Kita Mengenali Seseorang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 18, 2019


      " You do not know what kind of person you are untill the end "

- Uchiha Itachi-


Assalamualaikum dan bertemu kembali pada entri kali ini. Bagaimana entri yang lepas ok tak? Naim harap semua ok lah, dengan cetusan idea yang spontan yang hadir di dalam minda dan tangan giat menaip pada tempoh hari yang lepas. Alhamduillah , ada sahabat blogger yang mengatakan entri ini tidak berat dan seronok membaca. Itu sudah menambah azam untuk terus menulis .

Sebelum anda semua membaca entri ini lebih panjang. Jom klik play youtube di bawah sambil membaca ia akan menambah suasana lebih menarik. Insha Allah.



Ok, balik kepada tajuk asal entri kali ini yang bakal naim ceritakan iaitu Bagaimana Kita Mengenali Seseorang. Pengenalan kita dengan seseorang berlaku pada waktu dan ketika yang berbeza . Sedia maklum pada waktu kanak-kanak kita mengenali kawan-kawan saemasa di taman permainan. Pada meningkat usia , kita ketemu di Sekolah Kebangsaan, kemudiaan kita ketemu di alam sekolah menengah dan selanjutnya di alam universiti dan akhir pada usia sudah matang iaitu dewasa.

Sebagai contoh macam Naim ambil sebelum ini. Jom layan bagaimana Itachi jumpa Kisame..



Pada zahir , mereka tidak mengenali satu sama lain kerana mereka bergabung di dalam satu organisasi yang sangat dahsyat. ( Next time ) Naim cerita kan organisasi tersebut. Pada waktu yang sama, mari kita berfikir sejenak, apakah yang membuat kita mengenali seseorang kerana apa?

1) Keikhlasan
2) Kekayaan
3) Pangkat
4) Kesenangan diri kita kelak.

Pada zahirnya kita akan memilih yang no 1 bukan. Akan tetapi jika bernama manusia pada akhir zaman , bukan semua akan memilih no 1. Biasa dan nyata ialah no 2, no 3 dan no 4 sudah terselit di dalam jiwa kita ini. Ingatlah bukan senang mencari seseorang yang bernama kawan, sahabat dan teman yang mampu bersama-sama kita semasa waktu senang dan susah. Berhati-hati di dalam memilih kawan pada waktu sekarang.

Jika kawan yang baik ia akan membawa kita ke arah yang baik, jika kawan yang tidak baik ia akan membawa kita ke arah yang tidak baik. Ia ibarat lembu di tarik talinya. Pentingnya doa kepada Allah supaya diberi pentunjuk di dalam dunia agar di kurniakan kawan-kawan yang taat kepada Allah dan Rasul ketika kecelaruan yang berlaku di atas bumi sekarang.


SHARE 22 comments

Add your comment

  1. it's not easy and we cannot judge a book by it's cover is all i can say.

    BalasPadam
  2. Akhir zaman ni ramai pengampu. Nak nak kalau ada pangkat ni. Mesti keliling tu ramai pengampu. Nak dapat teman yang ikhlas pun susah tapi ada bukan tak ada cuma tak ramai la.

    BalasPadam
  3. Perkongsian yng baik untuk dibaca. Manusia ni ada pelbagai watak dan perangai. Agak payah kalau nak baca setiap satu pergerakan.

    BalasPadam
  4. terkejut tetiba tengok ada naruto. hahah. pilihan memilih kawan tu tricky sangat sebab pernah ada seketika terfikir untuk no 2 3 n 4. tapi tu la bila fikir-fikir balik tak baiknya kita macam tu. so iza memilih untuk tak terlalu rapat dengan sesiapa supaya tak ada rasa 2 3 n 4 tu. kenal sekadar kenal and limitkan orang yg iza betul-betul trust.

    BalasPadam
  5. aida di opis. x dpt nak tgk video tu.
    tak boleh loading pun.
    anyhow, faham la dari segi penulisan.
    bagaimana? kompleks!
    bergantung kpd kita dan org itu.
    kenapa kita berjumpa? tujuan kita dijumpakan?
    keadaan kita berjumpa?
    semua tu main peranan.
    yg pasti, jgn la kawan sebab harta benda, kesenangan, mengampu,...
    tu takkan tahan lama...
    ikhlas semestinya. tanpa syarat!

    BalasPadam
  6. Saya jenis berkawan dengan semua orang, pelbagai pengalaman yang saya dah tempuhi dalam berkawan. Semenanjung saja setiap negeri saya ada kawan rapat sampai la ni masih bersembang kencang dalam whatsapp dan setiap negeri telah saya jelajahi di semenanjung berjumpa dengan family kawan di sana. Sarawak, setiap bahagian dah saya pergi dan kawan sewaktu belajar juga masih rapat dalam media sosial. Jika nak kata negeri kelahiran saya Sabah, memang semua daerah ada.

    Berkawan sebenarnya tanpa sepadan, berkawanlah kepada semua.

    BalasPadam
  7. Betul, kita kenal kawan berbeza tempat dan situasi. Bila kenal kene kenl slow2 jangan terus percaya. Takut kawn tu berkawan dengan kita bersebab je.. Bukan ikhlas ke apa. Nilai dulu, kawan lama-lama, pastu nak dijadikan bff, rasa ok boleh je..

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang menarik dan terbaik. 1-4 semua tu masih ada cuma cara penerimaan kita anggap kawan tu mcm mana. Ye betul kdg kita rasa cukup ikhlas berkwn hakikatnya kadang kwn kita juga terasa. Mcm tu gak kita kan, kadg terasa dgn kwn. Tu belum lagi kawan yang suka mengampu, pandang pd harta benda je atau senang kata kawan yg ada time senang je. Ape pun kita sama je manusia biasa.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya 1st impression tu yg selalu menarik minat kte utk mengenali seseorang hehe..

    BalasPadam
  10. Setiap pertemuan kita dgn seseorang pasti ada ibrahnya. Kalau dapat kawan yg baik, alhamdulillah. Seronok sangat. Kalau dapat yg sebaliknya, ada lah tu hikmahnya kenapa Allah pertemukan kita dgn dia. Betul tak?

    BalasPadam
  11. Setuju, sekarang ni berkawan ada banyak sebab dan keutamaan yg seseorang tu perlukan. Macam saya dkt universiti dulu, ada org yg berkawan kerana nak siapkan assignment sahaja. Apa2 pun terima kasih atas entri ini.

    BalasPadam
  12. nak kenal orang ni bukan dalam masa sebulan. kadang bertahun pun tak kenal lagi. tapi bila masing masing jadi diri yang sebenar so dari situ kita nampak keikhlasan mereka. kalau boleh on, so boleh move sama sama. kalau tak boleh, so bye.

    BalasPadam
  13. uish.. abam dh trauma dengar kawan datang sebab pangkat harta ni. berlambak diluar sana.
    nak cari yang ikhlas ni agak payah. kalau dapat sahabat mcm tu, jaga la elok2. jangan sakiti.mungkin itu asbab dia doakan kita bila kita tiada di bumi lagi

    BalasPadam
  14. Wah peminat Naruto eh? Samalah kita. By the way perkongsian yang sangat menarik. Ada sebab kita kenal mengenali. Hanya ALLAH yang tahu segala ketentuanNYA.

    BalasPadam
  15. Jodoh sahabat dan pertemuan semua ini telah ditentukan oleh Nya yang Maha Esa kita tak tahu pilih kerana ikhlas atau kerana lain itu adalah nafsu yang kita tidak boleh kawal...

    BalasPadam
  16. Berkawan biar beribu. Tapi jangan terlalu rapat dan kongsi segala dengan orang luar selain keluarga sendiri. Sebab kita tak tahu 'level' mana kita di mata kawan.

    BalasPadam
  17. Bagi saya.. Don't judge the book by its cover.. Yg betul2 kenal kita adalah pasangan kita.. Bagi yang da berkahwin.. Dah kahwin biasanya akan kenal ooo mcm ni laki aku.. Oo macam ni bini aku... So bagi saya.. Kdg2 kalau ni.. Kita tak perlu pun nak judge org ni mcm ni.. Org nu mcm nu... Sbb truth is we never know

    BalasPadam
  18. Betulah tu, sebenarnya kita tak dapat nak lari dari pilih no 2,3, dan 4 zaman sekarang. Mira memang jenis kawan je dengan sesiapa tapi nak rapat tu memang susah. I limitkan kawan rapat sebab tak nak mudah sakit hati.

    BalasPadam
  19. ye, kita kenal seseorang dalam pelbagai bentuk dan aspek. sebab tu orang cakap, selagi kita tak mengenali org tersebut secara langsung, kita jangan pernah menilai buruk dengan apa yg kita nampak dan yg dipamerkan.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah, bila kita kenal seseorang dalam beberapa jangka masa. Allah perlihatkan diri sebenar sedikit demi sedikit. dari situ kita dapat lihat dan nilai siapa kawan sebenar.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS