Cintailah Negara- Kemerdekaan Negara Malaysia Ke-62

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 30, 2019
kredit The Patriots

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Bertemu kembali paga entri kali ini. Beberapa hari yang lepas Naim, tidak menulis entri kerana ada beberapa urusan peribadi sedikit. Hari ini penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang barokah. Ia dikenali hari raya kecil kerana ia jatuh pada Hari Jumaat penghulu bagi hari . Selawat serta salam buat Nabi Muhammad yang kita cintai di dunia hingga akhirat. Jangan putus untuk berselawat kepada baginda kerana kita impikan syafaat di sana. Semoga Nabi Muhammad mengenali kita melalui selawat.Insha Allah.

Kurang sehari lagi kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62. Alhamduillah sudah 62 tahun kita mencapai kemerdekaan daripada gelumangan penjajahan yang membawa kepada kemelesetan dan kepayahan di dalam kehidupan kita semua.

kredit Pertiwi

Lihat betapa ramai di antara mereka sudah menjadi para syuhada mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Mereka rela berkorban demi agama dan bangsa. Mereka ( tentera) sanggup berpisah dengan isteri tercinta hatta anak-anak yang masih kecil menyahut seruan negara untuk mempertahankan negara Malaysia daripada ancaman musuh. Akan tetapi, pada akhir-akhir ini ada suara sumbang memperlekehkan jasa dan keringat tentera Malaysia di samakan dengan kerja buruh di landang dan estet. Ini satu penghinaan sangat kuranga ajar. Jom dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus tentang Kemerdekaan.

1)



2) 


Oleh itu, belum terlambat Naim sarankan marilah kita kibarkan Bendera Malaysia di rumah anda hatta di permis perniagaan anda. Tidak mahal pun Bendera di jual, Kalau makanan ratus ringgit pun boleh kita bayarkan. Ini bendera bawah RM10 kenapa tidak boleh beli. Sentap tak? haha



Naim dah pasang bendera Malaysia, anda bila kah lagi? Pasanglah demi tanda kecintaan kita pada Negara Malaysia. Jangan ikut perangai negatif sesengah pihak nak amik kesempatan negara dan kedaulatan negara ini. Nescaya mereka akan kecundang jua akhir nanti. Salam Kemerdekaan dari pemudattbc (naim) 

stand up!!

SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan. Moga diri kita juga merdeka dari dijajah rasa benci sesama sendiri & marilah kita memartabatkan bangsa & agama kita

    BalasPadam
  2. Yeahh. Tak sabar nak sambut merdeka. Layan filem2 lama mcm sarjan hassan pon boleh rasa semangat merdeka. Hebat org dulu2. Selamat hari merdeka kpd semua kaum bangsa di Malaysia. Kekalkanlah keamanan di sini.

    BalasPadam
  3. jom semarakkan kemerdekaan ! mek pun dah gantung kat pagar rumah. tahun ni terlebih patriotik sebab anak anak dah start sekolah so dah ada sambutan merdeka. mengingatkan lagi ketika mek di sekolah dulu.

    BalasPadam
  4. yang sarah perasan rakyat kita ni punya semangat patriotik agak kurang dari segi memasang bendera dekat rumah/premis perniagaan padahal kalau tengok kat luar negara tepi jalan tu belambak nampak bendera diorang lagi2 turkey

    BalasPadam
  5. Selamat hari merdeka ... Tak elok nak memperlekehlan mereka mereka yang berkhidmat menjaga negara. Tanpa mereka, kita takkan merasa hidup aman tenteram di Malaysia.

    BalasPadam
  6. Ye bila dengar lagu merdeka rasa bersemangat je. Cerita kat anak2 kenapa orang sambut hari kemerdekaan dan sejarah kemerdekaan

    BalasPadam
  7. Besarnya pengorbanan mereka dulu yang berjuang untuk tanah air kita.. Jom kita kibarkan jalur gemilang ramai-ramai esok! Merdeka merdeka!

    BalasPadam
  8. Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 62. Moga sama2 kita rakyat malaysia sayangi malaysiaku : malaysia bersih. Moga malaysia bersih dari segala yg negatif. Dont hate, sprrad love :)

    BalasPadam
  9. Info yang berguna mengenai Jalur Gemilang. Menarik betul penghasilan corak dan designnya.

    BalasPadam
  10. Happy annivrsry from Malaysia..
    Selamat hari kemerdekaan.. semoga makin jaya negaranya.. makin makmur rakyatnya.. amiinn...

    Salam dari Indonesia from Malaysia..

    BalasPadam
  11. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 62. Moga negara kita akan lbh aman dn damai dn bersatu hati sesama kita. Walau kemana shj kaki melangkah..Malaysia ttp dihati

    BalasPadam
  12. Selamat Kemerdekaan buat semua. Moga negara kita akan sentiasa dirahmatiNya dan kita dapat hidup bersama dengan aman.

    BalasPadam
  13. Awwww I suka our Permaisuri Agong and Agong this time! So cuteee! Anddd I tersentap sikit sbb tak kibarkan bendera Malaysia. Hahaha nanti lah pi Eco cari bendera 2.10 je kan. Hahaha.

    BalasPadam
  14. Merdeka.. semoga Kita semua Merdeka 100%

    BalasPadam
  15. selamat hari kemerdekaan negara buat semua !! semoga kita pelihara kemerdekaan ini sehingga bila2. ramai org muda x berapa cakna akan sejarah bendera jalur gemilang. kadang yg tua pon x ambik tahu.

    BalasPadam
  16. very informative information about our country... selamat hari merdeka, Malaysia....

    BalasPadam
  17. bersemangat saya baca entri ni..tiba2 juga rasa sedih banyak betul benda berlaku yang berlaku sebelum merdeka kan...apapun malaysia tetap di hati..selamat hari merdeka yang ke 62 tahun

    BalasPadam
  18. memang patut semarakkan lagi rasa cinta kepada negara. Beli bendera pun murah je, online pun ada. Yang lusuh dah boleh ganti dah. Semoga Malaysia makin bersih dan disayangi

    BalasPadam
  19. semangat berkobar-kobar kalau cerita bab kisah cinta dan kedaulatan negara malaysia..semoga semua generasi menghargai segala pengorbanan generasi lalu dlm memperjuangkan kemerdekaan Malaysia

    BalasPadam
  20. Baru sahaja kita menyambut hari kemerdekaan....diharap keamanan selama bertahun2 ini dpt dikekalkn....kenanglah jasa nenek moyang kita yg bergadai nyawa utk membebaskan tanah air dari penjajah...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS