Jaga Kesihatan Anda Musim Jerebu

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 14, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Jangan lupa berselawat kepada anda semua , semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad . Insha Allah.

Cuaca sekarang tidak menentu dengan jerebu sedang melanda negara kita. Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan anda dan rancang aktiviti anda. Jika ada di  kawasan terbuka bawalah bekal air yang banyak untuk di minum. 


Sumber berita Utusan Malaysia mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan langkah-langkah pencegahan semasa musim jerebu seperti berikut :-

1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Jika ada ingin melihat Air Pollutant Index boleh seperti di bawah :-




Boleh klik di sini http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html kerana kita boleh Index IPU ( Index Pencemaran Udara) yang sedang berlaku dI Malaysia amnya. Semoga ia memberi sedikit manfaat kepada anda semua. Rancang aktiviti anda dan seronok anda di lindungi oleh Allah. Amin!


SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Terima kasih kongsi.. sangat tak selesa lately ni. Tak tahan batuk tak baik lgi

    BalasPadam
  2. Good blog post. Thank you for sharing this useful tips. Jerebu sangat teruk Sekarang nie. Take care and have a good day.

    BalasPadam
  3. Bagus tips ni. Ye kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air masak dan pakai mask. Tiap thn kte diuji dengan jerebu

    BalasPadam
  4. BBL kerja area shah alam, boleh tahan teruk jerebu sampai petang memang redup walaupun baru pukul 4pm. dah la jarang hujan sekarang. kena la jaga kesihatan elok-elok. baru rasa batuk terus jumpa doc

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas peringatan. Mmg teruk jerebu kali ni. Saya yg selalu bawa motor ni mmg teruk kena. Nak keena pakai mask lepas ni.

    BalasPadam
  6. Tulah, sekarang benda penting je keluar rumah, jerebu2 ni duk rumah lagi better

    BalasPadam
  7. Agak teruk juga keadaan jerebu ni... saya yang outstation kat Johor ni pun amat terkesan... bangunan yang selalu dok nampak tersergam indah pun dah jadi samar-samar je dilihat... most of times memang dok berkurung dalam bangunan je...

    BalasPadam
  8. tengah musim jerebu ni... sana sini jerebu... huhuhuh...


    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    BalasPadam
  9. jerebu every year berlaku, kita kene berhati hati, jaga diri baik baik, mask kene pakai yang N95 , bukan yang nipis tu. Jaga diri semua orang di Malaysia.

    BalasPadam
  10. Yes betul memang kena jaga kesihatan lebih kalau time Jerebu ni cepat sangat dijangkit pelbagai penyakit. Kita tiap tahun akan hadapi masalah tak ada penyelesaian yang kongkrit untuk isu ini...

    BalasPadam
  11. di kelantan ada juga jerebu tapi tak kuat sangat. tapi masa kat kuantan dan terengganu memang terasa sangat lebih lebih lagi di kuantan.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah human 2 harini kurang sikit jerebu

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS