pengikut pemudattbc

Selasa, 24 September 2019

Makanan Yang Kita Beri Akan Mempengaruhi Akhlak Anak - Ustaz Nazrul Nasir



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua.  Apa khabar anda semua? sihat belaka? Naim harap semua sihat-sihat belaka di musim jerebu sekarang. Yang penting jagalah kesihatan anda semua. Jangan lupa minum kosong banyak. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang lebih baik. Jom berselawat kepada Baginda  Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Insha Allah.


Pada entri kali ini, Naim nak share short kuliah dari Ustaz Nazrul Nasir berkisar Makanan Yang Kita Beri Akan Mempengaruhi Akhlak Anak . Pada mutakhir ini, ramai ibu bapa kurang peka tentang pemakanan. Janji boleh memberi kenyang dan tidak peduli siapa yang memasak dan cara mereka masak. Nanti ingat Islam ini kejam? Islam tidak kejam , akan tetapi ia memberi satu nasihat dan pengajaran kerana makanan yang kita makan ia akan menjadi darah daging. Jom kita dengar dahulu apa Ustaz cakap...



Ini yang sama yang terjadi pada waktu sekarang di Malaysia amnya. Ramai orang Islam serbu ke kedai-kedai Non-Muslim , akan tetapi mereka tidak memgambil berat tentang aspek makanan dan halal haram dari segi Agama Islam sendiri. Di sebabkan kita kurang peka aspek makanan , maaf cakap anak-anak akan menjadi kurang baik . Dan Agama Islam menyeru mencari makanan yang elok-elok dan mengamalkan amalan soleh.

Para Ulamak , amat mengambil berat tentang aspek makanan. Ada Ulama mengambil kira makanan hatta syubhah dan haram memang di ambil kira kerana ia menglibatkan darah daging. Oleh itu kepada orang Islam di luar sana, berhati-hati di dalam memilih makanan. Dengan akhir-akhir ini ada makanan viral pakai serbu sahaja. Makanan halal bukan sekarang Halal pada nama sahaja, Halal dari segi siapa yang masak, siapa menyediakan makanann itu, bagaimana makanan itu di sediakan? bersih tak? 


“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.[e/i] (Surah Al Baqarah, ayat 168)


“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 172)

Mencari halal toyyiban sangat baik untuk Umat Islam. Insha Allah keluarga kita akan menjadi keluarga yang baik . Insha Allah.

Wallahualam

23 comments:

diaripink berkata... [Reply to comment]

Sebab tulah arwah mak selalu pentingkan makanan yang baik-baik untuk anak2 dia. Dia kata semua tu mempengaruhi tingkah laku anak

adianiez AIDA berkata... [Reply to comment]

#BMF
saya utamakan halalan toyyiban.
and penjual / producer muslim
x kisah la melayu, chinese, indian. Yg penting, muslim.

Kayathre berkata... [Reply to comment]

I guess it is a useful information for muslim friends. Sure it will be beneficial for them.

Red Linda berkata... [Reply to comment]

setuju. jenis makanan yg dimakan akan jadi darah daging. Sebab itu kena jaga makan, pastikan dari sumber yang halal, dan bersih juga selamat dimakan.

Jenis makanan juga akan beri kesan pada minda/kesihatan anak selama dia membesar.

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Nice sharing. Terima kasih atas ingatan. Ibu bapa memang main peranan penting dalam didikan dan corak pemakanan anak mereka. Semoga anak kita semua sentiasa dalam lindungan Allah

Murni Alysa berkata... [Reply to comment]

terima kasih atas peringatan..harap2 lepas ni lebih berhati2 dalam memastikan segala makanan yang akan dimakan oleh keluarga benar2 halalan toyyiban

5 Little Angels berkata... [Reply to comment]

Agreed with you. Better becareful of what we are eating to ensure we lead a healthy life.

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@diaripink

Sangat betul. Dengan makanan viral ini sangat menakutkan. huhu

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@adianiez AIDA Ya. semua muslim kena peka perkara ini. Ia bukan perkara main2 lagi

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Kayathre

Yes dan ia juga ilmu kepada Non-Muslim agar memahami situasi sebenar orang Islam yang lebih berhati2 di dalam pemakanan. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Red Linda

Ya. Sangat betul. Sumber makanan pun kena di ambil kira.

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@yaya_flanella

Sama-sama. Semoga manfaat dan kena sentiasa peka. :)

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@Murni Alysa Ya.

Muhammad Naim Abdullah berkata... [Reply to comment]

@5 Little Angels Thank's. Saya harap anda pun sedikit ilmu tentang perkara ini

mek yunie berkata... [Reply to comment]

mek percaya. isu ni nampak remeh sebab kesannya kadang kita tak nampak terus. tapi yakinlah apa yang allah kata haram, takkan menjadi halal kerana niat atau apa cara sekalipun. berhati hatilah dengan duit gaji yang kita dapat.

Mohd Zarin berkata... [Reply to comment]

Terima kasih di atas perkongsian ini. InsyaAllah sebagai peringatan ibu bapa

Farhana Jafri berkata... [Reply to comment]

bab makanan viral main serbu saja tu betul sangat. Bila dah makan, dah promote baru nak terkejut bila tak ada certificate halal. Cara penyediaan tu pun penting jugak untuk tumbesaran anak2

Rawlins GLAM berkata... [Reply to comment]

Bukan setakat makanan, perangai dan cara ibu bapa berkomunikasi di rumah juga turut mempengaruhi akhlak anak-anak. Adakalanya parents mementingkan pemakanan tetapi akhlak parents sendiri pun tak dijaga.

Mimie berkata... [Reply to comment]

Ye betul tu. Saya setuju. Makanan yang kita beri tu memang mempengaruhi akhlak anak anak. Kalau dari sumber halal, in shaa Allah akhlak mereka juga baik. Sebba tu sebagai ibu bapa kita kena titik beratkan sumber makanan yang kita peroleh tu halal atau tak

Decamellia berkata... [Reply to comment]

Nur yakin setiap peniaga f&b bukan senang nak dapat kan sijil halal utk permis mereka. Selain ingredients yg halal, tempat & cara/proses penyediaan juga perlu bersih dan halal. Semua terletak pada diri kita. Klu yakin, silakan. Kalau tak, buat homemade sahaja.

mazharalti berkata... [Reply to comment]

Super agree... sebab itulah, orang dulu-dulu selalu pesan, kalau nak masak tu, pastikan kuku pendek, kawasan peralatan bersih yada yada yada... bukan apa, sebab ia akan menjadi darah daging kita kan dan mempengaruhi tumbesaran juga pembesaran anak-anak in a whole...

AyuArjuna BiGoshh berkata... [Reply to comment]

Peringatan yang baik ini. Terutama buat ibubapa . Sbb biasa kita bawa anak2 pergi makan. Kena cari kedai yg benar-benar jual produk halal

mamapp berkata... [Reply to comment]

Tq for sharing naim



Entry Paling Best

--------------