pengikut pemudattbc

Isnin, 16 September 2019

Selamat Hari Malaysia 2019

 



Assalamualaikum dan selamat pagi semua, selawat serta salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga di akhirat kelak kita bersama-sama Baginda. Insha Allah. Bagaimana cuaca tempat anda? masih jerebu? Di kawasan Naim sudah baik, Alhamduillah jerebu sudah beransur-ansur pulih.  

Berbalik kepada tahun asal, setiap tahun kita akan memperingati 16 September adalah hari pembentukan negara Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga negara tercinta daripada anasir-anasir jahat dan musuh di dalam selimut. Beruntung kerana kita ada pelbagai bangsa di dalam negara Malaysia. Oleh itu, berdamailah seperti dahulu jangan kita bersengketa kerana dunia dan ketamakan kuasa. Ingatlah perlembagaan kita . Hadam ikrar ini...

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Semoga kalian semua di rahmati. Jangan di lupa para pejuang kemerdekaan yang telah pergi dahulu . Titipkan doa kepada mereka , asbab mereka tidak mengira tempat dan masa demi kedaulatan negara.

sumber rujukan :- google, wikipedia.

12 comments:

Fas berkata... [Reply to comment]

Bagus juga story ini yg mengimbas kembali sejarah Hari Malaysia.... Selamat Hari Malaysia semua moga negara terus harmoni dan damai selamanya..

Bonda Chanteq berkata... [Reply to comment]

Terima kasih atas perkongsian ini...seharusnya sebagai rakyat malaysia kita harus berbangga dengan kejayaan penyatuan ini....semoga sentiasa igt kepada rukun negara...

Nurulatika Yunus berkata... [Reply to comment]

Goodluck utk segmen .. Ini link peserta ya
https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/senarai-penyertaan-segmen-bloglist-sii.html

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Suka baca. Amat berinfo 👍
Selamat Hari Malaysia...!! Semoga kita semua terus maju dan Malaysia aman damai

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Selamat Hari Malaysia awak.. Alhamdulillah kita tinggal di negara yang aman damai ni.. Marilah kita jadi rakayt yangbbaik ye.. Hehehe

mek yunie berkata... [Reply to comment]

bila pembentukan macam ni, macam nak sokong aje ap yang sering disebut oleh mantan PM terdahulu. 1 Malaysia. Pahit untuk terima tapi ye, bila ucap begitu terasa yang kita sama sahaja, malaysian. sabah sarawak walaupun banyak adat still, malaysian.

AyuArjuna BiGoshh berkata... [Reply to comment]

semangat saya membaca perkongsian saudara..not bad..banyak yang ken aingatkan terutama pejuangan orang lama..dan bagaimana kita mempertahankan kemakmuran dan pembangunan negara...selamat hari malaysia yaa!!

Aerill Hassan berkata... [Reply to comment]

Selamat hari malaysia. Semoga malaysia lebih maju ke hadapan dalam pelbagai aspek dann juga marilah kita raikan peerbezaan sesama kita.

Aiman berkata... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian. selamat hari malaysia

Thirteen berkata... [Reply to comment]

Selamat Hari Malaysia!

Betul2, saya rasa cuti awam untuk Hari Malaysia adalah lagi penting untuk semua kawasan sebab hari tersebut hari Malaysia terbentuk. Bahkan patut disambut dengan lebih besar dan dijadikan fokus utama.

31 Ogos pula sepatutnya dijadikan cuti negeri bagi negeri2 di semenajung dan Sabah sebab itu tarikh kemerdekaan masing2.

mamapp berkata... [Reply to comment]

Proud to be Malaysian

aliah syafiqah berkata... [Reply to comment]

proud to be malaysia, syukur smapai sekarang tiada perang perang. Hidup aman dan makmur. semangat rasa bila baca blog post ni. Selamat hari malaysia.



Entry Paling Best

--------------