Apa Tujuan Sokong LTTE

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 12, 2019


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Semoga berada di dalam rahmat Allah. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat Baginda.Insha ALlah. Bagaimana cuaca di tempat anda? Di sini cuaca cerah selepas dua tiga hari hujan. 

Pada entri kali ini Naim nak berkongsi pasal LTTE. LTTE adalah kumpulan extremis seperti ISIS jugak. Pihak Polis turut memberi amaran kepada rakyat Malaysia tidak memberi sokongan hatta member sumber dana kepada LTTE ini. Di dalam Sinar Harian online yang bertajuk PDRM memberi amaran kepada individu  sokong Pengganas :-

" "Kita ada undang-undang kita sendiri. LTTE telah disenarai sebagai kumpulan pengganas sejak tahun 2014 bukan sahaja di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, India dan Sri Lanka.

"Siasatan telah dijalankan dan kita ada asas kukuh. Saya tidak nampak apa tujuan kumpulan atau individu tertentu untuk aktifkannya semula. Berdasarkan gambar yang dipamerkan itu melibatkan LTTE, bukan isu perjuang hak kaum Tamil di Sri Lanka dan sebagainya, tapi ia perjuangkan dan promosikan kumpulan pengganas," katanya.

Semalam, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan dalam operasi khas di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perak.




Kedua-dua ADUN terbabit dikesan menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/51526/BERITA/Nasional/PDRM-beri-amaran-kepada-individu-sokong-pengganas


SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS