pengikut pemudattbc

Khamis, 10 Oktober 2019

Tulislah Perkara Yang Manfaat Di Media Sosial



Assalamaualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah sentiasa. Bagaimana aktiviti anda seharian? Naim harap semua berada di dalam keadaan baik-baik belaka. Jangan lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga urusan kita pada hari ini akan di permudahkan oleh Allah. Insha Allah

Setiap penulisan kita di dalam media sosial akan mempengaruhi kepada perkara yang positif dan negatif akibatnya. Ramai hanya membaca pada satu-satu sumber dan mengabaikan beberapa sumber untuk di baca. Apa kata Tuan Guru Haji Hadi Awang 

" Kalau apa yang ditulis itu baik, kemudian dibaca oleh orang maka beroleh pahala sepanjang masa. Ini adalah ganjaran menyebarkan maklumat yang mendidik rakyat. " 

Pada mutahir ini, ramai yang hanya mencipta sesuatu yang tidak sohih dan di sebarkan di media sosial seperti facebook, instagram dan twitter dan akibat yang sangat besar iaitu adalah FITNAH yang sedang berlegar-legar di alam maya. Akan tiba manusia akan bermusuh-musuh angkara berita TIDAK BETUL atau PALSU. Firman Allah Bersabda :-




Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah AL-HUJARAAT AYAT 6)




Oleh itu, berhati-hati di dalam penulisan kita di media sosial sama ada perkara itu benar atau tidak benar. Berhati-hati adalah perkara yang lebih baik daripada mencipta FITNAH yang akan membawa kepada kemusnahan akhlak secara perlahan-lahan.



17 comments:

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Yaya setuju. Sebab tu banyak sharing pasal diri sendiri je daripada orang lain. Yaya pun suka baca kawan-kawan yang selalu sharing kata-kata motivasi di media sosial. Jom sama-sama spread positive vibes! Semoga amal jariah kita diterima jika orang lain mendapat manfaat dari perkongsian kita ^_^

Nuna Abdullah berkata... [Reply to comment]

meamg betul.sebarkan kebaikan agar kita dapat sama sama ganjaran pahalanya

Suria Amanda berkata... [Reply to comment]

Betul tu..zaman sekarnag macam - macam..even kita menulis untuk sebarkan awareness pun kena kecam padahal benda yang elok..benda elok kena kecam..benda tak betul apatah lagi kan..seeloknya tak payah post apa2 yang kalau rasa x perlu..terima kasih atas perkongsian ye...

Rawlins GLAM berkata... [Reply to comment]

Terima kasih di atas sharing ini. Rawlins takut gak nak share apa2 online nie sebab kalau jadi fitnah, bertali-tali panjangnya jika diviral/ dikongsi. Tak habis pula dosa kita kan

Peach berkata... [Reply to comment]

Betul betul betul ... i think it is important to write properly on social media. Social media is huge but dangerous

Tiara Sapphire berkata... [Reply to comment]

nice sharing :)

IYASEO ID berkata... [Reply to comment]

artikel nya mantap jiwa...

Mat Drat berkata... [Reply to comment]

Setuju Dan betul sangat tu.
Kalau Kita tulis secara betul, IsnyaAllah saham pahala panjang kita dapat

Bonde Zaidalifah berkata... [Reply to comment]

Saya setuju, tuliskan perkara yang baik dan membawa faedah sahaja dapat juga pahala. Tak perlulah nak kongsikan perkara yg tak baik nak baca pun x best.

Hanny Abdullh berkata... [Reply to comment]

Ya sis setuju sangat..takut apa yg kita kongsikan menjadi fitnah. Sis pun tak berani kongsikan benda2 yg sis tak tahu hujung pangkal..baik sis ceritakan pasal hal sis, makan2 n travel je..:)

Mahamahu berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah setakat ni kita selalu tulis tempat makan yang sedap-sedap kat social media harap bagi manfaat kepada orang lain heheheh dan berguna... tak pernah lagi fikir nak meroyan kat situ hehehehe..

Tengkubutang berkata... [Reply to comment]

Terima kasih atas perkongsian ini.. semoga ia menjadi sesuatu yang memberi kesedaran buat semua dalam berkongsi sesuatu di media sosial

Qisstiera berkata... [Reply to comment]

Setuju sangat. Ni kira saham akhirat kalau kita mati nanti. Tapi ada orang tak percaya. Apa pun Qiss memang cuba yang terbaik untuk tulis benda yang bermanfaat kat blog.

Nurulatika Yunus berkata... [Reply to comment]

jangan kerana tulisan kita.. kita mendapat dosa yg berpanjangan.. tulislah yg baik2 .. semoga dihindari drp tulis perkara yg kurg baik

mazharalti berkata... [Reply to comment]

Setuju sangat Naim... memang penting untuk kita memahami bahawa apa yang kita catatkan akan turut dihisab... kita sebagai manusai biasa memang kadangkala mungkin akan terlepas pandang... thus, tarik hand break, mulakan semula... semoga sentiasa dalam rahmatNya...

Decamellia berkata... [Reply to comment]

Setuju sgt dgn naim. Tapi, bukan setakat socmed yg itu aje. Tanpa sedar, WhatsApp juga tempat tersebarnya info yg tak tahu hujung pangkalnya. Selain kita perlu berhati hati dgn penulisan kita, kita juga perlu berhati2 dgn broascast msg kt whatsapp yang kita tak tahu kebenarannya

Lia Hasty berkata... [Reply to comment]

Betul tu kalau kita share benda positif yang ada nanfaat orang Yang baca pun akan tertarik. Kalau update negatif orang Yang baca akan rasa negatif.



Entry Paling Best

--------------