Yang Di Tegur Dan Yang Menegur

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 22, 2019

Dua pihak. Yang menegur dan yang ditegur. Yang menegur, tegurlah dengan hikmah. Tegurlah dengan kelembutan. Tegurlah dengan kasih sayang. Jangan menganggap diri lebih baik daripada yang ditegur. Kita semua pendosa cuma mungkin dosa kita orang tak tahu. Teguran one to one lebih baik berbanding terbuka kecuali kesalahannya melibatkan kemaslahatan awam atau dia sendiri yang menularkan.
.
Yang ditegur pula, terimalah teguran dengan hati yang terbuka. Ego kita akan menentang teguran. Akan membuat kita bermasam muka. Akan mencari pula salah orang yang menegur. Maka akan keluarlah pula ayat, “don’t judge me” atau “engkau tak rasa apa aku rasa”, atau “engkau tak tahu pengalaman aku” dsb. Anggaplah mereka yang menegur kerana sayangkan kita. Mereka ingin kita jadi lebih baik. Mungkin cara mereka tak kena tetapi lihatlah isi teguran mereka.



- Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofree-

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS