Penghalang COVID-19 Merebak

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 08, 2020


Antara perkara yang paling kuat untuk menghalang wabak ada SEDEKAH"
-Ustaz Nazrul Nasir-

"Perbanyakkan ISTIGHFAR, Semoga Allah jadikan ubat untuk covid-19"
-Ustaz Abdul Somad-

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Hari ini lambat sedikit menulis entri kerna awal pagi pergi membeli barangan dapur dan mentah. Alhamduillah, semoga kita semua di dalam peliharaan Allah. Dan semoga COVID-19 ini segera lenyap di atas muka bumi ini. Insha Allah.

Sahabat-sahabat semua, bersabarlah apa yang sudah terjadi sekarang. Kita tidak tahu perancangan Allah. Kerana sebaik-baik perancangan adalah hak milik Allah. Sekaranglah masa untuk kita mencuci dosa secara langsung dan tidak langsung dengan pelbagai amalan seperti :-

1) Banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad

2) Qadha balik solat-solat wajib yang kita tinggalkan

3) Bayar puasa yang mana tinggal khususnya kaum hawa

4) Banyakkan berzikir

5) Banyakkan beristighfar

Semoga amalan-amalan ini akan memberi benteng yang kuat daripada ujian yang sedang berlangsung ini. Kerana kita akan di uji takat mana kemampuan kita.

Setiap Ujian yang kita hadapi, mintalah pertolongan Allah. Segala ujian itu kita mampu untuk tempuh kerana Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melebihi dari kemampuan hamba-NYA. "

- Syeikh Muhd Zainul Asri - Official -
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS