Inteam - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Versi PKP)

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 28, 2020


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua.  Hari ini rabu bersamaan 4 syawal 1441 Hijrah. Rasa sekejap sudah masuk hari keempat pada bulan mulia iaitu bulan Syawal. Bagaimana syawal anda? ada tak sahabat-sahabat sudah berpuasa 6 di bulan syawal.  Naim minggu hadapan baru mula berpuasa 6 syawal. Insha Allah. Syawal kali ini berlainan seperti tahun-tahun lepas, kerana di dalam mood PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). 

Oleh itu, pada pagi ini Naim nak share lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf  di nyanyikan semula oleh kumpulan Inteam di dalam versi PKP. Kalian sedia maklum lagu ini milik Allahyarham Sudirman. Kali ini Inteam memberi kelainaan bersempena Hari Raya di dalam mood PKP. Jom kita bersama-sama kita layan..

LIRIK

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali

Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mematuhi PKP
Memutuskan rantaian COVID nanti

Hanya kusampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama

Meraikan Aidil Fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu


VIDEO

SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Salam Aidilfitri. Stay safe .. stay at home . Jangan lupa amalkan langkah pencegahan dan semoga kita terhindar dari wabak COVID-19, kekal dibawah lindungan Allah SWT. Aamiin

    BalasPadam
  2. lama tak tengok nyanyian kumpulan inteam ni. liriknya tukar sikit je tapi bersesuaian dengan isu semasa

    BalasPadam
  3. Sekarang ni segalanya yg dilakukan ada kaitan dengan norma baharu COVID-19...sehinggakan nama bayi pun dah bunyi pelik2 contoh Corona la... mcm mcm hihi

    BalasPadam
  4. lagu ni mmg sayu bila dgr..nk2 kalo yg tk dpt pulang beraya dgn keluarga di kampung kan

    BalasPadam
  5. Insyallah semoga covid dan pkp berakhir bolehlah kita balik kampung jumpa mak ayah amin

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, lirik dan penghayatan yang sesuai dan bermakna khususnya pada bulan ramadhan tahun ini. Saya dah mula dah puasa enanm

    BalasPadam
  7. tak dengar lagi versi yang ni. boleh tahan dan memang sesuai untuk situasi sekarang ni. huhu

    BalasPadam
  8. bagus lirik lagu ni, ada makna dan lagu nya pun sedap

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya..
    Maaf Zahir Batin yaa...
    Jom kita sambung puasa enam pulaa yaa...

    BalasPadam
  10. minat depa ni since zaman universiti dulu. best2 lagu2nya

    BalasPadam
  11. This is interesting! Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin to you and your family!

    BalasPadam
  12. Sedih bila dengar lagu ni time time macm ni kan. Yelah tak dapat beraya dengan keluarga dari jauh jela mohon maaf buat vc. Memang kena dengan lagu In Team nyanyikan ni

    BalasPadam
  13. Setiap tahun lagu ni memang jadi lagu sis ni, syahdu setiap kali dengar lagu ni..teringat kebahagiaan bersama keluarga dulu..aduhh sedihnya

    BalasPadam
  14. selamat hari rayaaa

    thank you join birthday giveaway haritu
    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/keputusan-birthday-giveaway-anisa-anuar.html

    BalasPadam
  15. Ala sayunya nya dengar lagu ni. Raya PKP ni ramai tak dapat raya ngan parents so mmg terasa sedih tu lain sikit.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS